Laman Utama

“Korang Akan Dapat Adik!” Issey Siap Tunjuk Stroller, Tapi Reaksi Krik Krik Anak-Anak Untuk Faham Memang Lawak

Mya Amri
27/02/2021
12:50 MYT
Sponsor Banner
“Korang Akan Dapat Adik!” Issey Siap Tunjuk Stroller, Tapi Reaksi Krik Krik Anak-Anak Untuk Faham Memang Lawak
Pelawak dan penyampai radio Issey bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Issey berkongsi berita gembira itu menerusi video terbaharu di akaun YouTube miliknya semalam.
Video itu merakamkan gelagat Issey yang gembira dan tidak sabar untuk mengumumkan perkara itu di hadapan anak-anaknya.
“Korang semua akan dapat adik, mama mengandung,” ujarnya.
Malah Issey juga siap menolak ‘stroller’ sebagai petanda menerima ‘orang baharu’ dalam kehidupan mereka.
Namun lain pula jadinya apabila anak-anaknya tidak memberikan reaksi yang sepatutnya, sebaliknya ada momen ‘krik krik’ buat seketika.
Sebaik melihat kejadian itu, Issey dan isterinya, Noor Aimi Jamel tersipu malu dan tidak dapat menahan ketawa.
“Apesal aku yang gembira je? Hey tak gembira ke? Hey kenapa tak happy korang akan dapat adik ni,” katanya sambil ketawa.
Namun jangan salah faham, mereka cuma ingin mengenakan Issey sahaja. Selepas dua tiga kali ditanya soalan sama, akhirnya anak-anak Issey tersenyum malu-malu. Issey telah mendirikan rumah tangga bersama Aimi pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu, Kelantan.
Sebelum berkahwin dengan Issey, Aimi merupakan seorang ibu tunggal.
Hasil perkahwinan bersama arwah suaminya, Aimi dikurniakan tiga orang cahaya mata, Muhammad Uqashah, 10, Muhammad Qayyum, 9 dan Cataleya Umairah, 6.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024