Laman Utama

Kongsi Tip Berpantang Secara Saintifik, Dr Amalina Nasihat- "Elak Hubungan Seks Sehingga..."

Syafiqah Jalal
26/10/2022
23:46 MYT
Sponsor Banner
Kongsi Tip Berpantang Secara Saintifik, Dr Amalina Nasihat- "Elak Hubungan Seks Sehingga..."
Demi memenuhi permintaan pengikut laman sosial, pakar bedah popular berasal dari Malaysia Dr Amalina berkongsi amalannya berdasarkan kajian saintifik yg disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalamannya sebagai seorang doktor.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Dr Amalina berkongsi lapan tip yang boleh diamalkan oleh ibu yang baru sahaja melahirkan anak mereka.
Antara perkongsiannya itu adalah mengamalkan pemakanan sihat, serta aktiviti yang boleh dilakukan selepas bersalin untuk penjagaan diri dan mental si ibu.
Berikut lapan tip yang dikongsikan:
#1 Amalkan makanan sihat dan seimbang seumur hidup. Makan sayur-sayuran & buah. Kurang garam, gula & minyak. Makan secara bersederhana utk mengekalkan berat yg ideal. Tidak perlu pantang telur atau ayam jika tiada alahan. #2 Minum air kosong 2-3 liter sehari, kurangkan minum air manis e.g air boba, milo.
#3Tingkatkan intensiti aktiviti seharian secara beransur-ansur. Jangan angkat barang yg lebih berat drp bayi anda selama 6 minggu.
#4 Jika anda bersalin secara normal tanpa komplikasi, anda boleh mulakan senaman ringan sebaik sahaja anda berasa bersedia. Ini termasuk berjalan kaki (utk elak blood clots), kegel (pelvic floor exercise) & senaman perut. Anda digalakkan utk menunggu 6 minggu sebelum memulakan senaman berimpak tinggi, seperti aerobik atau berlari. Jika pendarahan (lochia) anda bertambah berat atau bertukar warna (menjadi merah jambu atau merah) selepas melakukan aktiviti, anda mungkin melakukan aktiviti secara berlebihan. Kurangkan aktiviti dan pastikan anda mendapat byk rehat. (Baca link di IG story ttg senaman). Pakai compression TED stockings utk elak blood clots.
#5 Jaga bahagian perineum. Basuh dengan air dari depan ke belakang & lap sehingga kering setiap hari. Tukar maternity pad every 3-4 hours. Jika bersalin melalui C-section, bersihkan & lap luka sehingga kering setiap hari, pakai pakaian longgar & seluar dalam cotton & ambil ubat penahan sakit (paracetamol/ibuprofen selamat utk breastfeeding). Jaga kebersihan & mandi setiap hari. Ambil laxatives jika perlu utk elak constipation.
BACA: [VIDEO] Babak Emma Maembong Berpantang Kena ‘Ratah’ Suami Jadi Bualan Netizen; “Terasa Pedih, Perit…”
#6 Buat kegel exercise utk menguatkan otot pelvis.
#7 Elak hubungan seks sehingga darah lochia berhenti atau selama 6 minggu selepas bersalin.
#8 Jaga kesihatan mental, jangan stress & enjoy your motherhood. Dapatkan sokongan drp suami & keluarga.
Pesan Dr Amalina terakhir sekali apa-apa pun gaya hidup sihat perlul dilakukan seumur hidup, bukan hanya dalam tempoh 44 hari selepas bersalin.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024