Berita

"Komedi Bukan Bergantung Dengan Lakonan Tetapi Skrip" - Namron

Zulaikha Yusof
15/12/2020
07:20 MYT
Sponsor Banner
"Komedi Bukan Bergantung Dengan Lakonan Tetapi Skrip" - Namron
Pelakon Namron menyatakan komedi dalam filem Saka Nan Sepi bukan bergantung kepada pelakon yang terlibat.
Menurut Namron, 51, kelakar atau tidak jalan cerita itu merujuk kepada skrip sebuah naskah.
"Komedi ini bukan bergantung dengan lakonan tetapi skrip.
"Kalau skrip tak kelakar, memang akan nampak kita try hard untuk bagi orang lain gelak.
"Untuk skrip dan pengarah filem ini saya rasa okey.
"Jadi masa bekerja tak la kami try hard sangat. Kami hanya enjoy dengan karakter yang dibawa," katanya ketika dihubungi Gempak.
Saka Nan Sepi yang mendapat sentuhan daripada Razaisyam dan Azri Azman itu boleh ditonton menerusi filem terbitan Astro Shaw dan produksi Alpha47 Films.
Dalam pada itu, Namron atau nama sebenarnya Shahili Abdan akui perlu menghafal dialog yang panjang untuk menjayakan watak Othman.  "Saya tak banyak cabaran sebab ini bukan kali pertama saya berlakon dalam filem komedi seram.
"Tapi ada satu iaitu dialog yang panjang saya kena monolog. Ada yang sampai satu halaman. Watak saya memang banyak bercakap," katanya lagi.
Selain Namron, Saka Nan Sepi turut dibintangi oleh Syafiq Kyle, Mimi Lana, Sherry Al Hadad, Ayie Hushairi Husain dan Han Zalini.
Saka Nan Sepi menceritakan keluarga Othman (Namron) luangkan masa dengan berkhemah di dalam hutan. Tiba-tiba anaknya Rozi (Mimi Lana) telah dirasuk. Mereka terus mambawa Rozi berjumpa bomoh Tok Kassim (Ayie Hushairi Husa) untuk berubat.
Saka tersebut tertarik dengan Rozi dan memilih untuk tinggal dengan keluarga Othman. Apabila pulang ke rumah, Othman, Zaiton (Sherry Al Hadad), Sufian (Syafiq Kyle) dan Rozi mula nampak kelibat Saka tersebut dan mereka hidup dalam ketakutan. Sekaligus menyebabkan mereka berempat sentiasa duduk bersama tidak kira ketika makan, tidur serta melakukan aktiviti.
Ketakutan mereka hilang apabila melihatkan Saka itu takut kucing tetapi bersifat lemah lembut dan rajin membantu. Apabila keluarga Othman boleh menerima Saka itu dan memberi nama Girlboy, Tok Kassim kembali untuk mencuri Girlboy (Han Zalini).
BACA: Review Gempak: Dalam Gelak & Seram, Saka Nan Sepi Bawa Mesej Keluarga & Agama
Jadi, jangan lupa saksikan Saka Nan Sepi bermula 10 Disember di Astro First, saluran 480 selain pilihan yang lebih fleksibel menerusi strim di Astro GO atau On Demand.
Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskhah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.
BACA: "Setengah Jam Tengok Aku Gelak Ja" - Penuh Babak Kelakar, Penonton Suka Layan Filem Saka Nan Sepi
Instagram: @_nam_ron_
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024