Viral

Kolam Renang Inflatable, Drone & Nasi Bajet Antara 5 Item Popular Dibeli Sepanjang PKP

Amri Hassan
05/05/2020
05:58 MYT
Sponsor Banner
Kolam Renang Inflatable, Drone & Nasi Bajet Antara 5 Item Popular Dibeli Sepanjang PKP
Jualan secara atas talian (online) menjadi alternatif orang ramai untuk mencari dan mendapatkan barangan keperluan.
Namun, ada juga yang menjadikan platform online sebagai ruang untuk memenuhi impian yang selama ini terpendam.
Operator pasaran e-dagang sosial, Fingo menyenaraikan lima barangan yang paling laris dibeli secara online sepanjang tempoh PKP.
Ia adalah nasi bajet, hand sanitizer, snek crunchy bliss, kolam renang inflatable kanak-kanak dan drone.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fingo Group Limited, Jack Yi berkata, pihaknya mencatat pencapaian luar biasa apabila pembelian online meningkat antara 150 peratus hingga 200 peratus sejak pelaksanaan PKP pada 18 Mac lalu.
"Kami percaya bahawa Fingo kini bukan sahaja contoh model e-dagang sosial yang unik namun pada masa sama memberikan pengalaman membeli-belah dalam talian yang lebih menyeronokkan sebagai gaya hidup baharu masyarakat.
"Malah ketika krisis global ini, Fingo turut berjuang dengan rakyat Malaysia dengan memastikan kestabilan perkhidmatan membeli-belah dalam talian bagi memastikan pengguna boleh mengakses keperluan harian melalui aplikasi dengan selesa.
"Kami turut melancarkan perkhidmatan topeng percuma dan bahan anti-virus untuk agensi-agensi kerajaan kerana produk ini sukar dibeli di pasar raya," katanya.
Fingo kini aktif menjalankan aktiviti sumbangan kepada Hospital Sungai Buloh Hospital dan Hospital Serdang dengan kerjasama dengan Pasukan Sukarelawan Penyelamat Kecemasan Dan Perubatan Bakti Malaysia.
Mereka menyerahkan bantuan sejumlah 30,000 topeng, 20,000 cecair pembasmi kuman dan 1,500 kotak tisu muka.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024