Laman Utama

KKMM Lancar Rangkaian 5G Hari Ini

Gempak
09/11/2021
22:40 MYT
Sponsor Banner
KKMM Lancar Rangkaian 5G Hari Ini
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melancarkan rangkaian 5G Malaysia yang pertama hari ini.
Memetik laporan BERNAMA, pelancaran itu adalah satu usaha menyediakan kemudahan internet yang lebih pantas kepada rakyat Malaysia.
Menurut Menteri KKMM, Tan Sri Annuar Musa, kawasan yang terlibat untuk pelancaran 5G pada tahun pertama adalah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya.
Ia kemudiannya akan diperluaskan secara berperingkat sehingga mencapai 36 peratus di seluruh negara.
"Pada tahun hadapan, pelancaran 5G akan ditumpukan pula pada negeri padat penduduk termasuk Pulau Pinang, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak," katanya seperti yang dipetik.
Tambah beliau, perkhidmatan 5G adalah pencetus kepada transformasi untuk ekonomi pada masa akan datang, memandangkan ia membolehkan peluang pekerjaan diwujudkan dalam pelbagai kegiatan berteknologi tinggi.
Dalam pada itu, di bawah Pelan Jalinan Digital Negara atau JENDELA yang kini bergerak, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan diwujudkan untuk memastikan rakyat memiliki platform seiring perkembangan teknologi digital terbaru selain dapat menjalankan perniagaan secara dalam talian.
"Semua ini mesti dimanfaatkan oleh rakyat. Sebab itu KKMM melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), turut akan membuka PEDi di Rumah Prihatin di sini bagi melatih penduduk ibu kota menceburkan diri dalam kegiatan ekonomi digital.
"Ini bersesuaian dengan hasrat kita menggalakkan mereka memulakan semula aktiviti ekonomi atau program-program penjanaan pendapatan, selari dengan peralihan negara menuju ke arah endemik," katanya lagi.
Sumber: BERNAMA
Dapatkan kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah undi artis kegemaran korang di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024