Laman Utama

"Kita Yang Masih Hidup Belum Tahu Pengakhiran Macam Mana" - Melly Goeslaw Ambil Iktibar Kejadian KRI Nanggala-402

Asraf Aided
27/04/2021
00:20 MYT
Sponsor Banner
"Kita Yang Masih Hidup Belum Tahu Pengakhiran Macam Mana" - Melly Goeslaw Ambil Iktibar Kejadian KRI Nanggala-402
Penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslaw turut berduka atas kejadian kapal selam KRI Nanggala-402 yang tenggelam baru-baru ini.
Melly akui, Allah SWT telah memilih siapa yang dikehendaki untuk mati syahid.
Perkara itu diluah menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
"Allah telah memilih dengan kehendak-Nya siapa hamba-Nya yang layak didoakan semua manusia di dunia, siapa yang layak mati syahid.
"Rasa sedih yang teramat dalam pasti dirasakan oleh kita semua, rasa sedih yang berdampingan dengan rasa takjup akan takdir yang diberikan Allah kepada mereka.
"Meski prosesnya menegangkan, tapi mereka mendapat tempat terindah di Syurga-Nya," tulis Melly.
Dalam pada itu, Melly turut mengenang nasib dirinya dan orang lain yang masih hidup, namun belum tahu pengakhirannya bagaimana.
"Kita yang masih diberikan hidup belum tentu punya pengakhiran yang bagus.
"Semoga pandemik, bencana alam dan musibah tenggelamnya kapal Naggala-402 menjadikan kita lebih sedar untuk menjadikan setiap waktu yang kita punya untuk memperbaiki diri dan ibadah kita," tulisnya lagi.
Perkongsian itu semestinya mendapat perhatian daripada ramai pengikut Melly.
Rata-rata mereka menghadiahkan Al-Fatihah kepada mangsa yang terkorban dalam kejadian itu.
Terdahulu, KRI Naggala 402 dilaporkan terputus hubungan pada pukul 4.25 pagi, Rabu ketika menjalani misi latihan tembakan torpedo.
Ketika kejadian, kapal selam buatan Jerman tahun 1978 itu membawa 53 kru.
Pada Ahad, Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI) mengesahkan semua 53 kru kapal selam KRI Nanggala 402 terkorban.
BACA: KRI Nanggala-402 Ditemui, 53 Kru Sah Terkorban
Kredit Foto: Intagram Melly & Liputan6
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024