Hiburan

“Kita Masing-Masing Ada Buat Dosa” – MK Jelas Isu Pakai Barang Perhiasan Emas

Azwa Rahman
23/01/2020
09:30 MYT
Sponsor Banner
“Kita Masing-Masing Ada Buat Dosa” – MK Jelas Isu Pakai Barang Perhiasan Emas
Penyanyi rap kumpulan K-Clique MK menegaskan dia tahu kesalahan seorang lelaki memakai barang perhiasan daripada emas.
Menurut MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 24, sebelum ini memang ada ramai peminat yang turut mengingatkannya tentang perkara itu.
“Saya pakai emas ketika buat persembahan sahaja. Ini pun semuanya kerana minat. Saya faham benda ni haram. Tapi saya sekadar pakai tapi memang tidak dinafikan perkara ini salah.
“Tapi apa boleh buat, minat kan so langgar sahaja lah,” kata MK kepada Gempak.
MK ditemui ketika Anugerah Era Digital Muzik (EDMA) yang diadakan di Battle Arena, Petaling Jaya pada Jumaat.
Tambah MK lagi, dia tidak pernah mendorong para peminat yang terdiri daripada golongan muda untuk mengikut perbuatannya.
“Kalau artis nak dilabel sebagai contoh ataupun ikon, ada ramai lagi yang menunjukkan contoh yang tak baik.
“Imej yang saya tunjuk, saya tak pernah provoke orang untuk ikut pakai sama tapi pada masa yang sama saya tetap menasihati peminat untuk buat perkara-perkara yang baik.
“Saya tetap akan pakai emas. Kita masing-masing pendosa tapi bukan tugas kita untuk menilai. Sendiri punya dosa, sendiri tanggung. Keep it real,” jelasnya lagi.
Sekadar info, nama MK dan K-Clique semakin popular apabila lagu duet bersama Alif berjudul Mimpi menjadi lagu hit sepanjang tahun 2019.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024