Laman Utama

Keunikan Yang Asli Dari MV Margasatwa

Maliah Surip
20/05/2021
08:20 MYT
Sponsor Banner
Keunikan Yang Asli Dari MV Margasatwa
Tidak berdiam diri saat pandemik COVID 19 melanda dunia, Margasatwa mengukuhkan potensi mereka dalam dunia muzik dengan melahirkan single terkini.
Diberi judul Yang Asli, Margasatwa berjaya menampilkan sisi lain mereka dalam lagu tersebut.
Cukup terkenal dalam kalangan peminat muzik bawah tanah, Margasatwa kini menempa nama di dalam industri muzik di saluran arus perdana semenjak melancarkan album sulung yang juga berjudul Margasatwa di bawah naungan antara syarikat rakaman indie/indiependant tertua di Malaysia iaitu Luncai Emas.
Margasatwa juga dikenali sebagai sebuah band yang sering mencorakkan muzik nusantara ini disebut sebagai kumpulan yang mengimbangi permintaan pasaran dan kesenian mereka.
“Kami hanya memainkan semua jenis muzik yang kami cinta dengan cara tersendiri. Tidak ada sebarang kumpulan pendengar yang kami sisihkan, baik arus perdana atau indie. Muzik Margasatwa untuk semua rakyat Malaysia," ujar salah seorang anggotanya, Shahir.
Justeru itu, untuk terus memastikan industri huburan tempatan tak mati, kumpulan ini telah melancarkan muzik video Yang Asli hari ini. Ia dikeluarkan di Youtube secara perdana pada 20 Mei 2021, menerusi link video muzik berikut: https://youtu.be/0M5DSj20xM8 ATAU taip di Youtube:Margasatwa - Yang Asli (Muzik Video Rasmi).
Muzik video yang dihasilkan oleh Adriana Tunku yang cukup sinonim dengan muzik video Gila milik Kaka dan Loca B ini menggunakan geran RM20, 000 setelah menjuarai Levi’s Music Project pada Disember 2020.
Lagu Yang Asli membawa mesej yang cukup mudah difahami untuk segenap masyarakat.
“Mencintai diri sendiri terlebih dahulu, tanpa mempedulikan kata-kata orang lain.”
"Setiap orang mempunyai keunikan dan kecantikan yang tersendiri. Kita tidak harus menilai diri berdasarkan pendapat orang semata-mata.
"Margasatwa mengajak para pendengar untuk percaya dan yakin dengan keunikan diri sendiri, menjadikan diri lebih fokus dan bahagia dalam hidup sementelah mengejar impian masing-masing yang ternyata unik.
“Anda terlalu berharga, kerana sudah pasti anda adalah satu-satunya anda dimuka bumi ini", ujar Kimal pula mengenai karya terbaharu mereka.
Muzik video Yang Asli ini menceritakan tentang betapa skeptikal dan tipikal sesetengah orang dalam menilai seseorang hanya berdasarkan rupa.
Namun individu tersebut kemudian bangkit dan membuktikan kebolehan dan keyakinan diri sebagai simbolik dari petikan lirik “Kecantikan tidak boleh diraih, kecantikan hanya dipelihara.
” Selain dari penceritaan itu, Margasatwa turut mengetengahkan nilai fesyen yang unik. Salah satunya adalah material songket yang ditempah khas pada jaket Levi’s Fadhil (pemain gitar utama) dan pengayaan ala-ala 70an atau 80an sebagai identiti pada muzik video kali ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024