Berita

Kesihatan Tun Mahathir Semakin Baik

Ernalisa
17/10/2024
09:25 MYT
Sponsor Banner
Kesihatan Tun Mahathir Semakin Baik
Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) semakin baik.

BERITA BERKAITAN : Tun Mahathir Sambut Hari Lahir Ke-99 Hari Ini

BERITA BERKAITAN : Faisal Halim Terkesima Tun Mahathir Terpacul Di Depan Rumah

BERITA BERKAITAN : Tun Mahathir Positif COVID-19, Kini Dirawat Di IJN

BERITA BERKAITAN : "Dahulu Kita Guna Banyak Botol, Sekarang Dah Moden..." - Tun M Kagum Usaha Pengilang, Pengasas Produk Origina

Pembantunya, Sufi Yusoff berkata, bagaimanapun pemimpin berusia 99 tahun itu masih mendapat rawatan di IJN.

"Alhamdulillah, keadaan Tun semakin pulih namun masih menerima rawatan.

"Namun, masih belum pasti bila Tun akan dibenarkan pulang," katanya menerusi aplikasi WhatsApp pada Khamis.

Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu dimasukkan ke IJN kerana jangkitan paru-paru.
Beliau mendapatkan rawatan di IJN pada petang Selasa dan diberi cuti sakit selama 12 hari sehingga Khamis minggu hadapan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar