Laman Utama

Kes Selsema Burung H10N3 Pertama Jangkiti Manusia Di China, Netizen Penat! “Covid-19 Pun Belum Habis”

Hanafis Haris
02/06/2021
05:49 MYT
Sponsor Banner
Kes Selsema Burung H10N3 Pertama Jangkiti Manusia Di China, Netizen Penat! “Covid-19 Pun Belum Habis”

China sekali lagi mencetuskan kebimbangan ramai apabila melaporkan jangkitan pertama selesema burung H10N3 terhadap manusia.

Perkara itu disahkan Suruhanjaya Kesihatan Nasional China (NHC) dalam satu kenyataan rasmi semalam.

Menurut NHC, seorang lelaki berusia 41 tahun dimasukkan ke hospital dengan gejala demam di bandar timur Zhenjiang pada 28 April lalu.

Dia kemudian didiagnosis menghidap H10N3.

Walabagaimanapun, lelaki itu berada dalam keadaan stabil dan kontak rapatnya tidak melaporkan sebarang kelainan.

Perkara itu sekali menggambarkan H10N3 sebagai patogen rendah yang cenderung menyebabkan kematian atau penyakit teruk kepada burung.

Malah, penyebarannya secara meluas dalam kalangan orang ramai adalah rendah.

Tambah, NHC, tidak ada kes H10N3 pada manusia yang dilaporkan sebelum ini di seluruh dunia.

Beberapa jenis selesema burung dikesan dalam kalangan haiwan di China tetapi wabak besar pada manusia jarang terjadi.

Sementara itu, berita mengenai H10N3 ini telah mencetuskan kebinmbangan ramai.

Menerusi pemantauan Gempak, kebanyakan netizen terkejut apabila ia sekali lagi berlaku di China.

Rata-rata mereka penat dengan penyebaran virus seperti Covid-19 yang masih berleluasa.

Sumber : AFP

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024