Laman Utama

"Kerajaan Beri Wang Kepada Orang Hilang Kerja" - Wardina Cerita Cara Australia Jaga Rakyat Pasca COVID-19

Amri Hassan
26/06/2021
06:50 MYT
Sponsor Banner
"Kerajaan Beri Wang Kepada Orang Hilang Kerja" - Wardina Cerita Cara Australia Jaga Rakyat Pasca COVID-19
Selebriti Wardina Saffiyah berkongsi cara kerajaan Australia mengekang COVID-19 dan kesan sampingan selepas wabak itu mengancam negara terbabit.
Menerusi sesi perkongsian bersama ahli politik Anfaal Saari, Wardina memberitahu kerajaan Australia sentiasa peka untuk membantu rakyat terutama yang terjejas akibat COVID-19.
"Kita orang tiada lockdown lama-lama. Apabila kita melakukan lockdown yang betul, dan mampu mengawal kes, kita boleh kembali menjalankan rutin harian seperti biasa.
"Bagaimana kami sukses adalah apabila virus tersebut dikekang sebelum ia merebak. Sebab kalau dah terlalu banyak yang terjangkit, memang tidak boleh berbuat apa," katanya.
@anfaalsaari
Wardina kongsi bagaimana Australia mengawal penularan Covid-19 #tiktokwanita #kitajagakita #malaysiabelumbebascovid19
♬ original sound - Anfaal Saari
Wardina yang menetap di Australia sejak 2014 bagaimanapun menegaskan orang ramai tidak seharusnya membanding-bandingkan negara tersebut dan Malaysia kerana Australia negara yang kaya.
"Mereka (Australia) mampu. Mereka mewujudkan pakej stimulus sekitar AUS$130 bilion.
"Setiap dua minggu, orang yang hilang kerja akan menerima wang daripada kerajaan. Bil hospital pun akan dilunaskan oleh kerajaan.
"Selain itu, Perdana Menteri Australia, Scott Morisson turut bekerjasama dengan parti pembangkang untuk membendung COVID-19," ujarnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024