Laman Utama

Kepulangan Yang Dinanti...Suami Buat Permohonan Mahkamah Agar Nynaa Kembali Taat

Asraf Aided
11/11/2021
10:09 MYT
Sponsor Banner
Kepulangan Yang Dinanti...Suami Buat Permohonan Mahkamah Agar Nynaa Kembali Taat
Suami pelakon Nynaa Harizal, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas memfailkan permohonan kepada Mahkamah agar isterinya itu kembali taat.
Permohonan itu difailkan Mohamed Fahmi, 29, sebagai plaintif terhadap Nynaa atau nama sebenarnya, Nurul Hanynaa Harizal ,25, selaku defendan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , Noriah Zakaria pada Khamis.
Kemudian, mahkamah menetapkan 1 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes berhubung permohonan berkenaan.
Berdasarkan dokumen yang diperoleh, Nynaa diperintah kembali taat dan pulang kediaman mereka di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.
Selain itu permohonan itu turut menyatakan tujuan menyelamatkan pernikahan mereka supaya defendan kembali menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan menjalani kehidupan rumah tangga dalam kasih sayang.
Sementara itu, Fahmi ketika ditemui selepas prosiding pemfailan permohonan itu berkata, dia bersedia menerima kepulangan Nynaa pada bila-bila masa.
"Saya sentiasa ada untuk awak (Nynaa) Awak boleh hubungi saya bila-bila masa...saya harap kita dapat berjumpa dalam masa terdekat. Saya menghitung hari untuk berjumpa awak," katanya.
Dalam prosiding hari ini, Mohamed Fahmi diwakili peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.
Ditanya tentang sedikit kata-kata buat Nynaa, Fahmi mengatakan dia amat mencintai isterinya itu selain berpesan agar tidak putus berdoa.
"Hi sayang, i love you, saya harap awak kuat, banyakkan berdoa kepada Allah dan berzikir.
"Saya sentiasa ada untuk awak, awak boleh hubungi saya bila-bila masa, saya sangat berharap kita boleh berjumpa dalam masa terdekat.
"Saya menghitung hari untuk berjumpa awak, jangan berhenti berdoa setiap hari.
Terdahulu bapa Nynaa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam atas kesalahan mengugut dengan mengeluarkan sepucuk pistol terhadap seorang lelaki pada 2 November lalu.
Harizal Hashim, 49, yang juga seorang bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.
Berdasarkan pertuduhan, Harizal yang merupakan bapa Nynaa iaitu pelakon drama ‘Kekasih Paksa Rela’ didakwa menakutkan Mohamad Nur Usry Mohd. Yusoff, 25, dengan mengeluarkan sepucuk pistol jenis CZP-07.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan U13/25J, Jalan Setia Perdana, Alam Nusantara, Setia Alam pada pukul 1.40 pagi pada 2 November lalu.
Mahkamah menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Disember untuk sebutan.
Difahamkan, Fahmi tidak pasti di mana keberadaan isterinya namun mengesyaki Nynaa kini berada di kediaman keluarga mertuanya di Johor selepas ‘dilarikan’ tanpa kebenarannya beberapa hari lalu.
Ekoran itu, Mohamed Fahmi telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam semalam berhubung kejadian terbabit dan meminta pihak polis menyelamatkan isterinya yang dakwanya, dilarikan secara paksa.
Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dan masih belum dikurniakan cahaya mata.
Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran korang di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024