Laman Utama

“Kepada Yang Mengutuk, Menghina Saya…”- Datuk Seri Vida Dedah Dah Beberapa Kali Beri Bantuan Sepanjang PKP

Syafiqah Jalal
09/07/2021
02:50 MYT
Sponsor Banner
“Kepada Yang Mengutuk, Menghina Saya…”- Datuk Seri Vida Dedah Dah Beberapa Kali Beri Bantuan Sepanjang PKP
Jutawan kosmetik kontroversi, Datuk Seri Vida (DSV) memaklumkan beliau sudah beberapa kali menghantar bantuan kepada yang memerukan di sekitar Ipoh, Perak.
Kata DSV meskipun beliau dihina dan dikecam kerana kelantangan bersuara tentang kempen #BenderaPutih namun dia berharap lembih ramai lagi turut menghulurkan bantuan kepada yang berada dalam kesusahan.
“Alhamdulillah trip harini untuk yang betul-betul memerlukan di sekitar kawasan Ipoh, Perak.
“Saya pun dah lupa ini trip ke berapa dah sebelum ni saya hanya hantar team saya sahaja. Rezeki dari Allah kepada saya, saya agih agihkan. Insyaa-Allah.
“Kepada sesiapa yang mengutuk atau menghina saya . Yang kononnya berlumba lumba nak jadi hero? Hanya pandai menghentam tu harap anda pun sama sama membantu okay,” katanya.
DSV berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut beliau memuat naik gambarnya bersama barang-barang bantuan yang diagihkan.
BACA: DSV Jawab Isu #BenderaPutih, Minta Tak Dibandingkan Dengan Ebit Lew
Menerusi kemas kini terbaharunya juga beliau memuat naik rakaman video ketika berkunjung salah seorang yang memerlukan bantuan apabila hanya tinggal di pondok kecil di kawasan kandang kambing dan reban ayam.
“Sedarkah kita di saat kita mengeluh tentang kehidupan kita yang kita ada sekarang ini, lebih ramai yang menghadapi kesukaran yang jauh lebih berat daripada apa yang kita hadapi sekarang ini.
“Tengok Abang Man , Kerja gaji RM10 sehari. Tak bergerak tak makan katanya. Ambil upah jaga ayam ,ikan , kambing. ini yang saya kata usaha!” tulisnya.
Terdahulu, DSV dikecam teruk selepas mempersoalkan sampai bila golongan susah perlu dibantu hanya mengibarkan #BenderaPutih tanpa berusaha mencari pendapatan sendiri
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024