Iklan

Kepada Penggemar Makanan Kampung, Ini Pilihan Yang Tepat Untuk Anda!

Zulaikha Yusof
04/05/2019
01:09 MYT
Sponsor Banner
Kepada Penggemar Makanan Kampung, Ini Pilihan Yang Tepat Untuk Anda!
Bermula dari 6 Mei 2019, seluruh umat Islam di Malaysia akan memulakan ibadah puasa mereka.
Anda mesti tercari-cari tempat berbuka puasa untuk berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan kan?
Jangan risau, Hotel Palm Garden Putrajaya menawarkan pelbagai juadah berbuka puasa yang menarik dan dan pada harga yang berpatutan.
Dengan membawakan konsep Kampunglicious Ramadhan pada tahun ini, bufet dengan harga di bawah RM100 ini akan menawarkan masakan kampung sebagai tarikan utamanya.
Terdapat lebih daripada 80 jenis menu yang akan disediakan dalam bufet Ramadhan Kampunglicious ini bagi memenuhi setiap keinginan anda.
Masakan kampung yang meliputi setiap negeri di Malaysia seperti Tenggiri Asam Pedas, Kupang Buluh goreng tumis bersama Kacang Hitam Masin, Daging Kandar, Gulai Asam Tempoyak Ikan Siakap, Ayam Goreng disaluti dengan telur masin dan banyak lagi.
Untuk bufet, pelbagai hidangan utama yang lazat akan dihidangkan secara bertukar ganti bagi memberikan kelainan dan kepuasan kepada para pengunjung.
Bagi penggemar kambing panggang, setiap hari anda akan disajikan dengan menu paling popular di Kampunglicious ini. Kambing yang diperap dengan sedikit rasa timur tengah akan membuatkan anda ingin mencubanya lagi di kemudian hari.
Bukan itu sahaja, sate ayam, daging dan juga masakan kawah turut disediakan bersama menu yang lain. Antara hidangan yang popular adalah seperti Kari Kepala Ikan dan Sup Tulang.
Di samping itu, akan turut dihidangkan pemanis mulut yang pastinya dapat menaikkan selera anda semasa berbuka puasa. Puding Roti dan Mentega, Tapai Pulut, Popia Goreng Madu dan aneka jenis bubur antara yang akan disediakan.
Kemudahan surau dan tempat letak kereta disediakan secara percuma kepada semua para pengunjung dan tetamu.
Hotel Palm Garden Putrajaya menawarkan harga serendah RM98 nett bagi dewasa dan RM58 nett untuk kanak-kanak dan juga warga emas.
Bukan itu sahaja, bagi pengunjung yang membuat tempahan awal bermula sekarang sehingga 5 Mei 2019, anda hanya perlu membayar dengan harga RM75 nett untuk dewasa dan bagi kanak-kanak atau warga emas semurah RM45 nett sahaja.
Selain itu, Hotel Palm Garden Putrajaya juga menyediakan bufet Ramadhan secara persendirian serta sambutan hari raya di bilik khas.
Katering juga disediakan untuk menyediakan bufet di pejabat, rumah mahupun kawasan 'outdoor'.
Sepanjang bulan Ramadhan sehingga hari raya, anda boleh menikmati pakej khas untuk penginapan bilik dan pakej mesyuarat. Kedua-duanya boleh ditempah mulai 6 Mei hingga sehingga 30 Jun 2019.
Bermula dari harga RM198 nett, pakej ini termasuk penginapan satu malam, sahur atau sarapan pagi untuk seorang atau dua orang serta perkhidmatan ulang-alik secara percuma ke IOI City Mall.
Bagi pakej bilik mesyuarat, harga bermula dari RM78 nett termasuk dua kali 'coffee breaks' dan satu kali makan tengah hari untuk bukan muslim.
Pakej ini turut menyediakan bufet makan malam untuk semua muslim. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman rasmi Palm Garden Putrajaya, palmgarden.com.my atau hubungi bahagian jualan dan pemasaran di talian 8943 2233.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024