Laman Utama

"Kenapa Wanita Muslim Malaysia Tak Boleh Join Miss Universe?" - Deborah Henry

Amri Hassan
17/05/2021
04:55 MYT
Sponsor Banner
"Kenapa Wanita Muslim Malaysia Tak Boleh Join Miss Universe?" - Deborah Henry
Bekas ratu cantik negara, Deborah Henry mencadangkan agar wanita muslim di Malaysia dibenarkan untuk menyertai pertandingan ratu cantik seperti Miss Universe.
Kata Deborah, 35, pertimbangan dan usul harus dibincangkan bagi membolehkan hak sama rata diberikan kepada wanita muslim untuk menyertai pertandingan sedemikian.
"Kenapa wanita muslim Malaysia tak boleh sertai Miss Universe?
"Jika segmen pakaian dalam, mereka boleh pakai bodysuit penuh, bukankan itu solusi fatwa.
"2021! Inilah masanya untuk semua wanita berhak mewakili Malaysia ke pentas Miss Universe," tulisnya menerusi posting di Instagram.
Deborah antara wakil negara yang pernah mencuri tumpuan di pentas Miss Universe sebelum ini.
"Adalah menjadi kebanggaan saya untuk mewakili negara kita Malaysia ke pentas antarabangsa.
"Inilah masanya untuk semua wanita dibenarkan untuk memilih. Saya fikir kita perlu menilai semua peraturan ini," jelasnya.
Pandangan Deborah itu mendapat pelbagai reaksi ramai malah ada yang mencadangkan peragawati itu memegang tampuk organisasi kebangsaan Miss Universe Malaysia (MUMO).
Untuk rekod, Deborah pernah menjadi Miss Malaysia World 2007 dan Miss Universe Malaysia 2011.
Malah, beliau berjaya memasuki pusingan separuh akhir Miss World 2007 buat pertama kali sejak Lina Teoh pada 1998.
Pada penganjuran Miss Universe 2020, wakil Indonesia, Ayu Maulida Putri antara peserta beragama Islam yang menyertai pertandingan itu.
Malah, perkembangannya menjalani ibadah puasa sepanjang acara Miss Universe berlangsung mendapat perhatian ramai.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024