Hiburan

"Kenapa Eh Majoriti Lelaki Rambut Panjang Sangat Poyo" - Jasmine Suraya

Amri Hassan
21/12/2020
11:45 MYT
Sponsor Banner
"Kenapa Eh Majoriti Lelaki Rambut Panjang Sangat Poyo" - Jasmine Suraya
Pelakon Jasmine Suraya punyai pandangan tersendiri terhadap kriteria lelaki pilihan termasuk yang berambut panjang.
Kata Jasmine, dia hairan kerana kerap bertemu dengan lelaki berambut panjang yang punyai lagak poyo.
"Kadang-kadang bila kita tengok lelaki yang rambut panjang ni, bukannya nak ejek tetapi kenapa eh majoriti dorang ni selalu sangat poyo.
"Ingat diri tu sangat handsome sampai peragai pun poyo kerek nak m*mpos," ciapnya di Twitter baru-baru ini. Ciapan Jasmine itu mengundang pelbagai reaksi dari kalangan warganet, ada yang bersetuju malah ada yang kecewa apabila pelakon itu kurang menggemari majoriti lelaki berambut panjang.
"Sebab tu tak suka lelaki rambut panjang, sebab mereka auto eksyen. Lagi-lagi kalau dorang flip hair," ciap salah seorang pengguna.
"Terus cancel nak simpan rambut panjang," tambah pengguna lain.
Namun, ada juga yang memuji beberapa selebriti lelaki yang berambut panjang tetapi masih punyai perilaku menyenangkan seperti Ben Amir.
Lebih mencuit hati apabila nama pendakwah bebas, Syed Ikmal turut terpalit dalam ciapan terbabit.
"Bak kata peribahasa Melayu, kerana Dai Syed setitik, rosak para lelaki berambut panjang sebelanga," ciap seorang pengguna berseloroh.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024