Viral

Kenali Nyakim Gatwech, Model Wanita Kelahiran Sudan Berkulit Paling Gelap Di Dunia

Amri Hassan
27/04/2020
04:10 MYT
Sponsor Banner
Kenali Nyakim Gatwech, Model Wanita Kelahiran Sudan Berkulit Paling Gelap Di Dunia
Nama model kelahiran Sudan, Nyakim Gatwech menjadi bualan ramai apabila melakar nama dalam Guinness Book of Records baru-baru ini.
Gatwech, 27, popular dengan keunikan memiliki kulit yang gelap dan pernah dinamakan sebagai Queen of the Dark.
Bagaimanapun, model wanita itu berdepan isu kurang yakin diri apabila ramai yang mengkritik warna kulitnya dan meminta dia melakukan prosedur bleaching.
Namun, Gatwech enggan mengambil pusing akan hal itu dan menggunakan 'kekurangan' itu sebagai kelebihan.
"Saya tidak akan melakukannya (bleaching) kerana saya menganggap kulit saya satu anugerah," katanya.
Gatwech kini telah mengumpul lebih 700,000 peminat di Instagram dari seluruh dunia.
Malah, keyakinan dan keunikan yang dimiliki Gatwech menjadi inspirasi pengikutnya.
"Saya harap dapat bercakap dengan lebih ramai remaja wanita untuk menerima diri sendiri seadanya.
"Dan saya juga berharap ada seseorang memberitahu akan perkara itu ketika saya masih muda dahulu.
"Saya berbeza dan tiada salahnya menjadi individu yang lain daripada lain," tambahnya.
Gatwech pernah melalui detik sukar dalam hidup. Selain dibuli dan diejaak, Gatwech dan keluarganya pernah tinggal di kem pelarian di Kenya sebelum ke Amerika Syarikat ketika berusia 14 tahun.
Jika anda perasan, Gatwech pernah muncul sebagai penghias poster filem Jigsaw pada tahun 2017.
Menurut Celebrity How, nilai model itu kini mencecah harga sekitar AS$9 juta (RM39.2 juta).
Sumber: BoredPanda, ChartAttack, EDM Chicago
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024