Laman Utama

#Keliwon: Niat Nak Bawa Balik Ikan Terbantut! Langsuir Sambut Di Tengah Sungai; "Rambut Panjang Mengurai, Bau Busuk Yang Meloyakan Tekak"

Zulaikha Yusof
08/04/2021
14:47 MYT
Sponsor Banner
#Keliwon: Niat Nak Bawa Balik Ikan Terbantut! Langsuir Sambut Di Tengah Sungai; "Rambut Panjang Mengurai, Bau Busuk Yang Meloyakan Tekak"
Malam bulan penuh, saya dan dua lagi rakan memilih untuk pergi memancing bagi melunaskan rasa rindu terhadap aktiviti itu.
Kawasan mana kami pergi memancing biar la rahsia. Nanti orang lain tak nak pergi situ.
Semasa asyik menukar umpan, tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu suara yang asing bagi kami. Suara wanita sedang mengerang dan menangis hiba.
Saat itu kami bertiga senyap sepi, tiada suara sindir-menyindir kedengaran. Serta-merta bulu tengkuk meremang berdiri. Masing-masing berbisik bertanyakan bunyi apakah gerangan itu?
Ketika asyik bertanyakan soalan yang tidak tahu jawapannya, tiba-tiba bot fiber kami seperti dilambung ombak seolah-olah ada bot melintas lalu.
Tetapi apabila memandang sekeliling, hanya kami yang berada di situ. Mana ada bot melintas.
Dalam sedang buntu, mata saya tepat memandang ke arah satu lembaga yang berada tidak jauh dari kami.
Dengan rambut panjang mengurai, mengenakan pakaian lusuh serta ada bau busuk yang meloyakan tekak.
Datang tidak dijemput.. Yang saya nampak itu adalah langsuir! Saya sangat pasti!
Yang pada mulanya teresak-esak menangis akhirnya berubah mengilai.. Sangat menyeramkan!
Tak fikir panjang, kami bergegas hidupkan enjin bot dan berpatah balik menuju ke jeti. Hasrat kami untuk memancing pada malam itu auto cancel. Terus rasa nak demam.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024