Laman Utama

Kekal Cergas! Krisdayanti Cuba Wushu Taolu Ketika Perintah Berkurung!

Faizal Saharuni
08/07/2021
06:40 MYT
Sponsor Banner
Kekal Cergas! Krisdayanti Cuba Wushu Taolu Ketika Perintah Berkurung!
Biarpun sedang menjalani perintah berkurung sejak 3 Julai lalu akibat lonjakan kes virus Covid-19, situasi ini tidak mengehadkan penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti, 46, daripada melakukan aktiviti sukan kegemarannya.
Ini dapat dilihat menerusi hantaran beberapa video di Instagram miliknya, @krisdayantilemos apabila dia mempamerkan gerakan tangkas seni bela diri wushu sambil beraksi ibarat atlet profesional menggunakan pedang.
“Olahraga yang saya lakukan secara rutin lebih ampuh meningkatkan sistem imun tubuh ketimbang olahraga yang hanya dilakukan sesekali aja lhoo.
“Kuncinya konsistensi. Penting buat jaga sistem imunitas tubuh. Yuk semangat lawan covid ya!”
“Karantina bukan hukuman, Bismillah kita akan baik baik aja,” akhiri Kris penuh aura positif mengharap isu pandemik ini bakal berakhir tidak lama lagi.
Menariknya, posting tersebut turut mendapat komen daripada rakan-rakan artis termasuk Malaysia.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024