Laman Utama

“Kejut Pun Senang Tak Cranky” - Ozlynn Kongsi Tips Anak Senang Bangun Subuh, Ramai Nak Cuba

Mya Amri
27/02/2022
06:53 MYT
Sponsor Banner
“Kejut Pun Senang Tak Cranky” - Ozlynn Kongsi Tips Anak Senang Bangun Subuh, Ramai Nak Cuba
Tidak dinafikan ramai suka melihat kehidupan keluarga pelakon, Ozlynn yang serba sederhana walaupun bergelar selebriti.
Dikenali sebagai seorang yang merendah diri, isteri kepada pelawak, Johan ini juga tidak lokek untuk berkongsi tips kehidupan yang diamalkannya.
Terbaharu, Ozlynn berkongsi tips untuk memudahkan anak-anak bangun menunaikan solat Subuh.
Kata Ozlynn, dia bersyukur kerana anak-anaknya kini tidak mempunyai masalah sekiranya dikejutkan untuk bangun pada waktu Subuh.
“Kejut pun senang tak cranky. Moleiq selalunya kalau cukup tidur memang tak ada masalah untuk kejut bangun.
“Selalu macam ni lah lepas Subuh, bagi salam je kadang tak sempat doa dia dok terlepek. Kalau mood dia okay dia yang minta nak bacakan doa.
“Macam anak perempuan ni nak kejutkan lebih senang dari anak lelaki. Anak perempuan bagi salam, panggil jama je terus bergerak buka mata.
“Anak lelaki kadang kena tonyoh muka tu baru nak bangun… Subuh tadi abang Haziq dengan Sodiq je mengaji.
“Chantiq, Moleiq kita belanja Asar nanti jadi bagi dorang rehat dulu sebab bangun tak menangis dan solat pun bagus tertib tak ada hempas-hempas badan depan mama,” tulisnya menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram.
Berikut merupakan sedikit tips yang dikongsikan Ozlynn.
“Tips nak kejut anak bangun Subuh senang sangat, pastikan dorang cukup makan, cukup tidur (tidur awal).
“Tips tidur awal ni bukan anak je senang nak bangun, mak bapa pun boleh bangun awal. Anak lelaki kami selalu pesan sebelum tidur doa dekat Allah minta terjaga bila dengar azan. InsyaAllah cuba lah,” kongsinya.
Dalam pada itu diruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan terima kasih dan ingin mencuba tips seperti yang dikongsi Ozlynn.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024