Laman Utama

Keira Knightley Tolak Babak Seks Arahan Sutradara Lelaki

Maliah Surip
26/01/2021
01:50 MYT
Sponsor Banner
Keira Knightley Tolak Babak Seks Arahan Sutradara Lelaki
Aktres Hollywood, Keira Knightley mengatakan tidak pernah membantah mengenai adegan bogel atau seks dalam sesebuah karya.
Namun, sebagai aktres, dia mengatakan tidak lagi akan melakukan adegan sedemikian jika filem lakonannya diarahkan oleh sutradara lelaki.
Knightley malah mengatakan klausa atau peraturan dalam kontrak kerjanya juga telah diubah dengan 'tidak melakukan adengan seks'.
Sewaktu muncul menjadi tetamu di podcast Chanel Connects, dia menyatakan alasan berbuat demikian.
Kata bintang berusia 35 tahun itu, dia menolak melakukan adegan seks yang diarahkan oleh sutradara lelaki kerana telah memegang status seorang ibu. Knightley mempunyai dua orang anak perempuan hasil dari dua perkahwinan.
"Jika saya perlu atau akan terbabit dengan sebuah karya berkaitan kehidupan seorang ibu atau perlu ada adegan yang memerlukan saya berbogel, atau seks, maaf, saya hanya akan melakukannya di bawah arahan pengarah wanita," katanya seperti dilaporkan CNN.
Bintang yang melonjak naik menerusi filem Pirates of the Caribbean ini kemudian menambah dia tidak akan terbabit dengan naskhah yang mempunyai adegan seks yang menimbulkan keghairahan.
"Saya tidak lagi akan melakukan babak seks yang mengghairahkan. saya tidak berminat," katanya ringkas.
Meski demikian, Knightley mengatakan dia memahami keperluan adegan seks dalam sesebuah naskhah.
"Saya sedar betapa adegan seks akan menjadikan filem lebih 'cantik', namun pandangan saya secara umum sebenarnya mereka hanya memerlukan seseorang yang kelihatan hot.
"Jadi saya fikir sebagai ibu anak dua, saya tak sanggup melakukan adegan sedemikian lagi.
"Saya tak rela berbogel di hadapan sekumpulan lelaki dan merakamkan saya. Anda boleh memilih orang lain melakukannya," ujarnya.
Instagram: @keiraknightleyofficial
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024