Hollywood

Kecoh Justin Bieber ‘Unfollow’ Isteri, Rumah Tangga Dengan Hailey Didakwa Goyah

Maliah Surip
22/01/2025
12:49 MYT
Sponsor Banner
Kecoh Justin Bieber ‘Unfollow’ Isteri, Rumah Tangga Dengan Hailey Didakwa Goyah
Kecoh dalam kalangan peminat dan pengikut media sosial Justin Bieber apabila bintang terkenal itu tidak lagi mengikuti akaun milik isterinya, Hailey Bieber.

BERITA TRENDING: Justin Bieber & Hailey Kongsi Nama Anak Sulung - “Jack Blues Bieber”

Banyak pihak membuat spekulasi terhadap tindakan Bieber termasuk mendakwa rumah tangga mereka sedang dilanda masalah.
Ironi hanya beberapa hari sebelum itu Bieber memuji isterinya sebagai wanita terhebat yang pernah dikenali dalam laman sosialnya.
Tidak mahu lebih banyak spekulasi dan anggapan negatif bertebaran, Bieber yang sudah enam tahun berkahwin dengan model tersebut akhirnya menjelaskan keadaan sebenar.
Bapa kepada Jack Blues itu mendakwa bukan dirinya yang tidak mengikuti isteri di akaun media sosialnya.
“Ada seseorang telah menggunakan akaun saya dan memadam saya sebagai pengikut isteri saya,” kata Bieber seperti yang dilaporkan E!Online.

BERITA TRENDING: Takut Punca Hailey Bieber Sorok Kehamilan : “Banyak Kisah Trauma Tentang…”

BERITA TRENDING: Hailey Bieber Benci Didakwa Bergaduh Dengan Selena Gomez Kerana Lelaki

Bintang berusia 30 tahun itu kemudian dengan segera kembali mengikuti akaun isterinya sekaligus membuktikan hubungan rumah tangganya dengan Hailey tidak dilanda masalah.
Penjelasan Bieber membuat peminatnya lega, sementelah Hailey menerusi temubual bersama majalah W pada Julai tahun lalu mengaku semua khabar tentang hubungan mereka yang goyah sebagai tidak benar.
“Ramai yang tidak gembira dengan hubungan kami sejak hari pertama. ‘Oh mereka tidak serasi’, ‘mereka bermasalah’, ‘mereka akan bercerai’. Semua itu membuat hubungan kami bertambah erat,” ujar Hailey.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024