Laman Utama

“Keadaan Yoe Parey Semakin Baik Lepas Pembedahan, Dia Tengah Berpantang…” – Syahmi

Fiza Kamarudin
25/12/2021
09:39 MYT
Sponsor Banner
“Keadaan Yoe Parey Semakin Baik Lepas Pembedahan, Dia Tengah Berpantang…” – Syahmi
Syahmi Sazli lega apabila keadaan Yoe Parey semakin baik selepas membuat pembedahan angin pasang pada Selasa lalu.
Syahmi berkata, buat masa ini Yoe sedang berehat sehingga keadaannya betul-betul pulih.
“Alhamdulillah, selepas pembedahan minggu lepas keadaan Yoe semakin baik dan sihat. Tetapi buat masa ini kita biarkan Yoe berehat dahulu.
“Yoe tengah berpantang sekarang ni. Tak ada masalah untuk itu sebab penggambaran ditunda dan akan bermula semula Februari depan,” katanya.
Syahmi sebelum ini terpaksa menunda penggambaran filem 35mm arahan terbarunya kerana masalah kesihatan dihadapi teraju utamanya, Yoe Parey.
Yoe Parey menjalani pembedahan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Filem 35mm dijangka menemui penonton melalui saluran Astro First seminggu selepas Aidilfitri 2022.
Filem 35mm mengisahkan mengenai tiga saudara yang sesat di dalam lima zaman iaitu Dinasti Cina, zaman pemerintahan Jepun, British serta era moden 1992 dan 1997.
Filem itu berdasarkan idea asal Syahmi manakala skrip dihasilkan Senibayan. Syahmi dan Senibayan sama-sama memikul tugas pengarahan.
Selain Yoe Parey, Asif dan Syahmi, filem itu menyaksikan penampilan khas beberapa pelakon seperti Hushairi Hussain dan Kenji Sawahi.
Tidak ketinggalan beberapa YouTuber antaranya Poktar, Sai Kamal dan Wanie Rohaimi.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024