Berita

Keadaan Di UK Membimbangkan, Rakyat Malaysia Perlu Jauhi Kawasan Protes

Gempak
05/08/2024
07:26 MYT
Sponsor Banner
Keadaan Di UK Membimbangkan, Rakyat Malaysia Perlu Jauhi Kawasan Protes
Demonstrasi di beberapa kawasan di United Kingdom (UK) kini semakin membimbangkan dan ada yang telah berubah kepada bentuk keganasan, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Jauhi kawasan protes

Sehubungan itu beliau menasihati rakyat Malaysia yang menetap atau berkunjung ke UK supaya menjauhi kawasan protes serta berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London bagi memudahkan urusan berkaitan keselamatan.

"Rakyat Malaysia dinasihatkan tidak berada di tempat yang dijangka menjadi kawasan sasaran, sentiasa berhubung dengan pejabat kedutaan agar kita dapat tahu mereka berada dalam keadaan baik," katanya kepada pemberita di Wisma Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata protes di negara Eropah ketika ini dilihat sebagai pola baharu kebangkitan puak kanan yang menunjukkan sikap toleransi amat rendah dan beliau berharap insiden itu tidak merebak.
Mohamad berkata penularan maklumat tidak sahih dalam media sosial juga berbahaya dan memberikan masalah kepada sesebuah negara.
BERITA TRENDING: Roy Azman Sebak, Angah Raja Lawak Ambil Keputusan
BERITA TRENDING: Syahrini Selamat Bersalin Pada Usia 44, Kongsi Tarikh
Kementerian Luar dalam kenyataan sebelum ini berkata rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London di alamat 45 - 46 Belgrave Square, London, UK atau telefon +44 20 3931 6196atau +44 20 7235 8033 atau e-mel di mwlondon@kln.gov.my.
BERITA TRENDING: UK Bergelut Dengan Rusuhan Terburuk Dalam 13 Tahun
BERITA TRENDING: Pesta Kahwin Ada Lagi 2 Bulan, Anant Ambani Sambung Rai Di UK, Putera Harry, Meghan Tetamu
Media melaporkan pihak berkuasa UK berhadapan tekanan untuk menamatkan rusuhan terburuk England dalam tempoh 13 tahun berikutan insiden tikam di Southport pada 29 Julai lepas.
Sumber: Awani menerusi Bernama
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar