Laman Utama

“Kau Ingat Artis Ni Binatang Ke? Najis Mughallazah?” - Hattan Kecewa Ustazah TikTok Kritik Artis Bukan Muhrim Bersentuhan & Bersalaman

Izwan Isa
09/11/2022
03:20 MYT
Sponsor Banner
“Kau Ingat Artis Ni Binatang Ke? Najis Mughallazah?” - Hattan Kecewa Ustazah TikTok Kritik Artis Bukan Muhrim Bersentuhan & Bersalaman
Penyanyi Datuk Hattan menempelak seorang ustazah yang mempertikaikan kaum ibu yang membenarkan doktor lelaki untuk menyambut kelahiran bayi ketika sedang bersalin.
Pelantun suara yang popular dengan lagu Biso Bonar itu turut mempertikaikan tindakan ustazah berkenaan yang melabelkan golongan suami sebagai dayus apabila membiarkan doktor lelaki mengelolakan proses kelahiran yang melibatkan isteri mereka di hospital.
“Saya tengok Facebook, ada satu ustazah ni, habis dia hamun-hamun orang. Nak berdakwa boleh, nak bagi nasihat boleh, tapi cara kau tak betul.
“Kau hamun-hamun orang macam ni, kau kata suami dayus bila doktor lelaki sambut kelahiran untuk isteri… kau jangan main cakap je kak.
“Bagus nasihat, tak salah nasihat tapi cara kau tak kena. Dia bukan macam tu. Ustaz Azhar Idrus cakap tak dayus. Kau kena pilih bahasa yang elok,” katanya menerusi satu hantaran video di Instagram.
Hattan menambah, sukar untuk mendapatkan doktor bersalin perempuan, lebih-lebih lagi dalam keadaan kecemasan.
“Kalau dah emergency, siapa nak tolong? Kau ingat semua doktor bersalin semua perempuan belaka di Malaysia ni ke?” tanya Hattan lagi.
Selain itu, Hattan turut menyentuh isu mengenai kenyataan ustazah berkenaan tentang selebriti Malaysia yang bersentuhan ketika sedang bersalaman.
“Lepas tu satu lagi kau cakap bersalam dengan artis boleh ‘hilang roh’. Hina benar pada kau artis ni kan? Sedapnya mulut kau. Kau cakap artis ni artis standard macam apa… Kau ingat artis ni binatang ke? Najis mughallazah ke artis ni?
“Kita ni tak gemar menunjuk, 90 peratus artis Malaysia semua dah sampai ke tanah suci buat umrah atau haji. Macam akan datang satu group Wings akan mengerjakan umrah… dah rezeki dia.
“Kalau kau cakap kita salam tu batal air sembahyang, bukan muhrim… kita faham. Bila kau cakap hilang roh macam hina benar artis. Bercakap tu berfikir dulu. Kau nak mentarbiyah orang, kau laki bini sama je. Kau ingat lebam sini (menunjuk ke arah dahi) gerenti syurga ke? Please lah,” tutup Hattan.
Terdahulu, seorang ustazah dan suaminya menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen apabila mempertikaikan pemilihan doktor lelaki oleh ibu hamil untuk menyambut anak mereka ketika melahirkan.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024