Hiburan

"Kau Baru Saja Calarkan Maruah Kau Sebagai Pensyarah" - Azhan Rani Bengang Pensyarah Komen Kerja Grab & Foodpanda Tak Bermaruah

Badrul Hashim
14/10/2019
22:00 MYT
Sponsor Banner
"Kau Baru Saja Calarkan Maruah Kau Sebagai Pensyarah" - Azhan Rani Bengang Pensyarah Komen Kerja Grab & Foodpanda Tak Bermaruah
Satu video pendek sebuah rancangan bual bicara menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pelakon Azhan Rani. Video tersebut dikongsikan beliau di Instagram.
"Aku baru tertengok video ni. Mengucap panjang aku. Serius aku tak boleh terima. Seorang pensyarah ekonomi dari salah sebuah universiti ternama kat negara ni.
Sedang ko cakap pasal kerja orang tak bermaruah ko baru saja mencalarkan maruah ko sebagai seorang pensyarah, maruah semua pensyarah-pensyarah ekonomi, maruah universiti tempat ko bekerja, malah maruah aku yang sebangsa dengan ko.
"Moralnya siapa kita nak menghakimi tentang maruah orang lain? kata-kata seharusnya mencerminkan ketinggian akal budi diri sendiri," tulis Azhan Rani.
Tulisan Azhan Rani itu rata-rata mendapat sokongan teman-teman artis seperti Amy Search dan Nur Khiriah, serta ramai netizen yang turut berkongsi pandangan mereka juga.
"Kalau aku ada ijazah dan belum dapat kerja, aku carilah kerja yang aku suka. Takkan nak duduk terkangkang kat rumah. Apalah," komen Raja Rock, Amy Search tentang video tersebut.
Seorang netizen turut menyatakan rasa sedih dengan apa yang diperkatakan oleh pensyarah tersebut memandangkan suaminya juga seorang penunggang Foodpanda.
"Sedih dengar hujahan pensyarah ni. Suami saya jugak seorang rider foodpanda. Dia bukan tak pernah ada kerja bagus dan gaji bagus. Tapi dia tak ada masa berkualiti dengan keluarga. Kerja Isnin sampai Sabtu. Keluar pagi balik senja.
"Dia pilih Foodpanda rider sebab boleh arrange masa bekerja dan gaji mereka tak semurah maruah mereka," tulis browniesrare di ruangan komen.
Namun begitu ada juga beberapa netizen menganggap pensyarah tersebut salah memilih perkataan ketika memberikan penjelasannya kepada panel.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024