Laman Utama

“Kau Adik-Beradik Aku Ke Nak Sound? Itu Antara Aku Dengan Tuhan,- Kak KM Jawab Isu Menyusu

Mya Amri
24/02/2022
04:45 MYT
Sponsor Banner
“Kau Adik-Beradik Aku Ke Nak Sound? Itu Antara Aku Dengan Tuhan,- Kak KM Jawab Isu Menyusu
Usahawan kontroversi Liana Rosli menjawab isu menyusu yang didakwa menjatuhkan martabat wanita.
Menurut Liana atau lebih dikenali dengan panggilan Kak KM, perkara itu sepatutnya tidak menjadi perdebatan kerana ianya situasi biasa seorang ibu yang ingin menyusukan anaknya.
Bagaimana pun katanya, disebabkan namanya ‘Kak KM’ maka segala perbuatan yang dilakukan pasti mengundang kecaman netizen.
“Bagi saya nak beri anak susu, benda itu memang sangat normal, mungkin sebab ‘Kak KM’, Kak KM yang menyusukan sebab itulah menjadi viral. Kalau orang lain mungkin tidak.
“Masa nak buat video itu memang Kak KM ambil tempat di sudut dan di bahagian depan memang tak ada orang. Benda itu memang tak ada isu lah, tak akan kita nak masuk bilik air pula.
“Sebenarnya kita pakai je nursing cover tu, selepas itu tu bila kita nak buat video kita cabut,” jelasnya.
Kak KM berkata demikian dalam satu temu bual bersama segmen Gempak, Lanchang Bethol bagi menjawab komen-komen kecaman netizen.
Dalam pada itu, Kak KM juga menegaskan apa yang berlaku itu antara dirinya dengan Tuhan.
Kak KM juga berpesan supaya netizen tidak perlu sibuk menjaga tepi kain orang lain kerana takut memakan diri sendiri.
“Bagi saya suka hati akulah, kau adik-beradik aku ke nak sound-sound aku? Kau tengok buat apa. Itu jawapanya.
“Itu antara saya dengan Tuhan lah, yang korang tu jaga lah bahagian korang. Jangan ambil kerja Tuhan nak jatuhkan bala dekat orang. Takut kau yang dapat bala,” ujarnya.
Untuk video penuh Lanchang Bethol saksikan KLIK SINI
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024