Laman Utama

Kate Moss ‘Musnahkan’ Amber Heard: “Johnny Depp Tidak Pernah Tolak Saya Dari Tangga”

Maliah Surip
26/05/2022
03:49 MYT
Sponsor Banner
Kate Moss ‘Musnahkan’ Amber Heard: “Johnny Depp Tidak Pernah Tolak Saya Dari Tangga”
Perbicaraan kes berprofil tinggi di antara pesohor Johnny Depp dengan mantan isterinya, Amber Heard masih berlangsung dengan hangat.
Semalam, seorang lagi saksi dipanggil memberi keterangan. Dan individu tersebut bukan calang calang. Dia adalah supermodel dan juga bekas kekasih Depp, Kate Moss.
Moss menjadi saksi dalam kes tersebut selepas Heard mendakwa pernah mendengar cerita Depp mengasari model tersebut sewaktu mereka menjalin cinta sekitar tahun 90an.
Heard mendakwa Moss mengalami nasib malang yang sama sepertinya sewaktu hidup dengan Depp yang merupakan seorang kaki pukul. Dakwanya, Depp pernah menolak Moss sehingga jatuh dari tangga.
Tampil menjadi saksi secara virtual, model yang kini berusia 48 tahun itu dengan tenang menjawab persoalan termasuk insiden jatuh ditolak dari tangga.
Kononnya insiden dia dikasari Depp berlaku sewaktu mereka bercuti di sebuah resort di Jamaica.
Moss buat pertama kali menjelaskan apa sebenarnya yang telah berlaku di tempat kejadian kepada mahkamah.
“Kami mahu meninggalkan bilik. Depp telah jalan terlebih dahulu. Cuaca buruk dan hujan lebat.
“Sewaktu saya keluar dari bilik, saya terjatuh dan belakang saya sakit.
“Saya menjerit kerana tidak tahu apa yang sedang terjadi, namun berasa sangat sakit pada bahagian belakang badan.
“Depp telah datang berlari ke arah saya, membantu dan mendukung saya masuk semula ke bilik sebelum mendapatkan bantuan kecemasan.
“Dia tidak pernah menolak, tendang atau membuang saya jatuh dari mana mana tangga!”kata Moss sewaktu menjawab persoalan peguam Heard.
Pengakuan tersebut membuat Depp tersenyum lebar sepanjang perbicaraan berlansung dan disifatkan oleh pemerhati yang mengikuti rapat kes ini sebagai ‘membunuh’ permainan Heard yang telah memusnahkan reputasi aktor tersebut dengan pertuduhan pertuduhan bersifat jahat.
Untuk rekod, Moss dan Depp berpisah pada tahun 1997 selepas empat tahun bercinta. Namun Moss dalam keterangan yang diberi mengaku bercinta dengan Depp sejak tahun 1994 dan berpisah pada 1998.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024