Berita

“Kata Solat Berjemaah Kukuh Silaturahim, Tapi Kenapa Cerai?”- Farah Lee Dedah Tak Pernah Tinggal Solat Berjemaah Dengan Bekas Suami

Syafiqah Jalal
10/04/2020
08:57 MYT
Sponsor Banner
“Kata Solat Berjemaah Kukuh Silaturahim, Tapi Kenapa Cerai?”- Farah Lee Dedah Tak Pernah Tinggal Solat Berjemaah Dengan Bekas Suami
Selebriti media sosial, Farah Lee akui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan oleh kerajaan ini telah memberi manfaat untuk dia dan anaknya Maream Esabel untuk solat berjemaah bersama di rumah.
Menurut Farah yang juga bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar itu dia mengambil kesempatan ini juga nak memperbaiki solat anaknya yang baru sahaja berusia 5 tahun.
“Aku rasa antara sisi bagus PKP ni; mak ayah yang dulu selalu jemaah kat masjid surau tu dah ada masa untuk tahu anak-anak mereka solat tak kat rumah.
“Islam bermula dari rumah. Sedih, bila, mak ayah makmum setia masjid, anak, tak sempat nak ambil tahu pun solat ke tak.
“Moga kita ambil peluang #stayathome untuk praktikkan solat atau ibadah berjemaah kat rumah,” tulisnya.
Farah berkongsi peraka tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto anaknya yang lengkap bertelekung.
Farah mendedahkan dia dan bekas suami sering solat berjemaah kerana mahu memperoleh manfaatnya dapat mengukuhkan silaturahim.
Sebelum dikecam, Farah terus menjelaskan mengapa dia dan Ally tetap bercerai meskipun mengamalkan solat berjemaah ketika berumah tangga.
“Hari pertama aku kahwin dulu, aku terus minta untuk solat jemaah setiap waktu. Alhamdulillah empat tahun lebih kawen, boleh bilang jari berapa kali je tak berjemaah jika dua-dua ada kat rumah.
“Malah ketika tetamu datang pun, kami akan minta diri untuk naik solat sama-sama, gaduh pun masih Jemaah. Biasanya lepas solat tu masa paling sesuai untuk talk heart-to-heart.
“Persoalannya, tadi kata solat jemaah kukuh silaturahim, tapi kenapa cerai pula? Macam ini. Aku cakap kukuh silaturahim kan.? Bukan kukuh rumahtangga kan.? Haaa beza.
“Atas sebab-sebab tertentu, yes perkahwinan kami putus ditengah lautan. Tapi, as many macam wonder kami masih boleh baik walaupun lepas cerai, siap dengan family mertua pun masih berkeluarga macam taka da apa-apa, aku yakin, Allah ya Rahim, mungkin berkat berjemaah tadi, silaturahim antara kami masih sangat kuat dan dipelihara. Alhamdulillah,” jelasnya.
Sebelum ini, Farah atau nama sebenarnya, Nur Farahin Romli mendirikan rumah tangga dengan Ally pada pada 20 Januari 2012.
Ally dan Farah berpisah pada 17 Ogos 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel yang berusia lima tahun.
. Well, aku rasa antara sisi bagus PKP ni; makayah yang dulu selalu jemaah kat masjid surau tu dah ada masa untuk tahu anak-anak dorang solat tak kat rumah - while mereka berjemaah kat sana - dulu. Islam starts from home. Sedih, bila, makayah makmum setia masjid, anak, tak sempat nak ambil tahu pun solat ke tak. Islam starts from home, aku ulang. . Moga kita ambil peluang #stayathome untuk praktikkan solat/ibadah berjemaah kat rumah. Then setiap malam lepas maghrib or lepas subuh, boleh lah mula gilir-gilir siapa nak lead tazkirah sambil bincang masalah keluarga, luahan perasaan, kecik hati ke apa ke. Kan cantik tu.? Ke tak.? ? Aku pegang sangat, antara kelebihan solat jemaah adalah -- ia akan kukuhkan silaturahim antara jemaahnya. Mari aku cerita sikit. . Sebelum tu, kena minta izin nets dulu, boleh ke aku cerita pasal previous marriage aku ni.? Kang katanya tak moveon lagi pulak ? Okeh camni, korang moveon k. Aku lek je ni haaa.. Share moga boleh sama2 manfaat, true story katanya kan. Okay sambung. . First day aku kawen dulu, aku terus request untuk solat jemaah setiap waktu. Alhamdulillah 4 tahun lebih kawen, boleh bilang jari berapa kali je tak berjemaah if dedua ada kat rumah. Even time tetamu datang pun, ktorg akan mintak diri jap untuk naik solat sama2, gaduh pun still jemaah k. Usually lepas solat tu masa paling sesuai untuk talk heart-to-heart. . Persoalannya, tadi kata solat jemaah kukuh silaturahim, tapi asal cerai puleks.? Camni. Aku cakap kukuh silaturahim kan.? Bukan kukuh rumahtangga kan.? Haaa beza. . Atas sebab2 tertentu, yes perkahwinan kami putus ditengah lautan ? tapi, as many macam wonder while ktorg still boleh baik gila even lepas cerai, siap dengan family mertua pun still berkeluarga macam takde apa2, aku yakin, Allah ya Rahim, mungkin berkat berjemaah tadi, silaturahim antara kami masih sangat kuat dan dipelihara. Alhamdulillah. . Aku pulak walaupun cerai pun dah masuk 4 tahun dan belum jumpa Imam yang berkenan di hati hikhik ? still tiap kali nak solat akan tersilap niat as makmum. Taktau lah sebab dah terbiasa atau tu tanda tak kusyuk ? atau mungkin jugak tanda perlu cari #imambaru cepat2 ni kbai ? #ommabebel
A post shared by F. L. (@farahlee_) on
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024