Laman Utama

Kantoi Mencuri Tapi Masih Mampu Tersenyum? Apa Rahsia Jenny? Nantikan Jawapannya Di Episod 6 Gossip Girl Indonesia!

Hanafis Haris
09/03/2022
06:50 MYT
Sponsor Banner
Kantoi Mencuri Tapi Masih Mampu Tersenyum? Apa Rahsia Jenny? Nantikan Jawapannya Di Episod 6 Gossip Girl Indonesia!

Biarpun episod lima ‘dihangatkan’ dengan kisah percintaan Danny dan Serena, namun ia masih menyelitkan adegan dramatik antara Jenny dan Blair.

Bermula dengan pelawaan Blair kepada Jenny untuk hadir ‘parti’ di rumahnya, ia kemudian bertukar kepada kejadian yang tidak disangka-sangka.

Malah, sikap Jenny yang berubah menjadi gadis liar juga mengejutkan sesiapa jua yang menonton.

Tidak hanya sanggup membawa lari Erik daripada pusat pemulihan, Jenny juga tergamak ‘menjual’ rakan-rakannya kepada lelaki tidak dikenali.

Tambah malang, Jenny turut menjadi mangsa kerakusan Blair apabila dia terperangkap di dalam sebuah butik apabila cuba mencuri sehelai jaket.

Namun, apa yang lebih mengejutkan, Jenny berjaya keluar daripada butik tersebut tanpa sebarang masalah.

Persoalannya, siapa yang membantu Jenny daripada insiden malang itu?

Mungkin ia hanya terjawab pada episod enam yang ditayangkan Isnin depan.

Nantikan episod enam yang ditayangkan di On Demand serta Astro Citra, saluran 108 setiap hari Isnin, jam 9 malam.

Untuk makluman, Gossip Girl Indonesia membawakan cerita tentang remaja dari keluarga golongan sosialit, Serena Darsono yang bersahabat baik dengan Denny Hakim, Jenny Hakim, Blair Hadiningrat, Vanessa, Nathaniel Siregar, dan Chicco Salim. Serena merupakan gadis popular di sekolahnya dan telah menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Sejak itu, sahabat baik Serena iaitu Blair telah mengambil tempat Serena. Apabila Serena kembali, kedua-dua mereka dilihat baik, namun hakikatnya tidak dan tercetus persengketaan. Dalam pada itu, gerak-geri mereka telah diawasi oleh akaun Instagram terkenal @GossipGirl.Indo.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024