Laman Utama

Kantoi Dalam CCTV, 3 Orang Dilihat Tamak Ambil Bantuan Makanan Berlebihan Sampai Licin!

Syafiqah Jalal
07/07/2021
08:20 MYT
Sponsor Banner
Kantoi Dalam CCTV, 3 Orang Dilihat Tamak Ambil Bantuan Makanan Berlebihan Sampai Licin!
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan, ramai yang mengadu pendapatan mereka terjejas dan sukar untuk meneruskan hidup demi menyara diri dan keluarga.
Namun rakyat Malaysia prihatin terhadap nasib golongan yang terkesan sehingga wujud banyak pihak yang berbesar hati memberi sumbangan serta menyediakan tempat bekalan makanan asas atau ‘food bank’ di beberapa tempat.
Bagaimanapun, ada segelintir individu yang mengambil kesempatan di atas pertolongan tersebut.
Terbaharu tular satu rakaman CCTV di sebuah tempat ‘food bank’ yang mendedahkan tiga individu dilihat tamak mengambil makanan bantuan itu berlebihan hingga licin tanpa memikirkan orang lain.
Rakaman CCTV itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman social TikTok yang menggunakan nama Azman Abdullah.
Menerusi video berdurasi seminit lebih itu, dipercayai dua orang perempuan serta seorang lelaki dilihat pantas mengambil makanan yang disediakan di rak berkenan masuk ke dalam beg masing-masing.
@azmanabdullah911
Habis dorg tapau segalanya tak ingat kat orang lain! ##foodbank ##lockdown ##BenderaPutih ##pkpd2021 ##fyp
♬ Emotional Cinematic Sad Violin and Piano - ISAo
Jika mengikut sikap timbang rasa, mereka sepatutnya mengambil makanan yang perlu sahaja dan selebihnya boleh ditinggalkan untuk pihak lain yang memerlukan.
Video tersebut mendapat perhatian ramai apabila rata-rata mengecam sikap tamak mereka.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024