Laman Utama

Kamya Festival Dah Mula, Sasar 50,000 Pengunjung!

Amri Hassan
11/02/2023
01:26 MYT
Sponsor Banner
Kamya Festival Dah Mula, Sasar 50,000 Pengunjung!
Jenama produk kecantikan dan kesihatan, Kamya memulakan tahun 2023 dengan penuh bertenaga dan bersemangat dengan penganjuran festival Kamya Festival (Kamya Fest).
Berlandaskan objektif berhibur dan dalam masa yang sama menggalakkan lebih ramai generasi baru untuk maju dalam bidang keusahawanan, Kamya Fest menampilkan 300 vendor jualan yang terdiri daripada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.
Inisiatif ini didorong oleh Pengasas Kamya iaitu Erna Elliyana dan mendapat sokongan bersama selebriti serta usahawan terkenal Shahmira Muhamad atau Shuib Sepahtu selaku Penganjur Bersama.
Kamya Fest diadakan pada 10,11,12 Februari ini di Parkir A & B, Stadium Nasional Bukit Jalil, merangkumi pelbagai kategori vendor termasuklah dari produk makanan & minuman (F&B), fesyen, automotif, sukan dan permainan serta gaya hidup sesuai untuk seisi keluarga.
Menurut Erna Elliyana, dia sangat teruja kerana dalam masa yang sama dapat membantu ramai usahawan tempatan.
"Penganjuran ini juga secara tidak langsung memberi platform kepada generasi muda untuk kekal bersemangat positif untuk berkecimpung di dalam dunia keusahawanan.
"Ini adalah pertama kali Kamya menganjurkan festival seperti ini dan kami mensasarkan untuk meraih seramai 50,000 sehingga 70,000 pengunjung dalam masa 3 hari penganjurannya, sesuai dengan khalayak yang ada.
"Malah saya turut teruja kerana pada festival ini, kami juga berpeluang memperkenalkan rangkaian produk berkualiti keluaran Kamya yang boleh membawa manfaat kepada pelbagai kelompok masyarakat,” katanya.
Erna berkata demikian ketika majlis pelancaran Kamya Fest, seiring dengan pelancaran produk terkini Kamya iaitu sabun kecantikan Kamya Soap, di Bukit Jalil Kuala Lumpur pada Jumaat.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Erna sendiri bersama-sama barisan selebriti popular antaranya Shuib Sepahtu, Datin Alyah, Kak V, Eja, Ayie Floor 88, Dolla, Ameer Fourteen dan pendandan rambut terkenal Chez Hamdan.

20 selebriti sertai Kamya Festival

Terdapat lebih 20 selebriti dan bintang media sosial popular tanah air, mengambil bahagian sebagai daya tarikan pengunjung untuk datang ke festival berkenaan.
Antaranya, Nabila Huda, Dolla, Eja, Ayie Floor88, Nana Mahazan, Dolla, Mimi Ernida, Shasha Abdul Aziz, Azfar Heri, MrStailista, EedaVogue, Daniel Zamri, Ameerais Forteen, Raja Afiq, Afzan, Ayu Damit, Naim Shamsol, Syura Badron, Nadia Brian dan ramai lagi.

Kamya Festival cabar Shuib

Sementara itu, Shuib berkata Kamya Fest adalah festival gaya hidup pertama yang membabitkan dirinya selaku salah seorang penganjur sekaligus mencabar kewibawaannya sebagai seorang usahawan.
“Penganjuran Kamya Fest adalah sesuatu yang baru buat saya dan tentunya saya amat teruja kerana ini adalah usaha yang saya laksanakan bersama-sama pihak Kamya sendiri.
“Jangan lepaskan peluang untuk memenangi sebuah kereta bagi pengunjung yang membeli produk keluaran Kamya termasuk pelbagai hadiah menarik yang lain untuk anda bawa pulang,” kata Shuib.
Antara hadiah utama adalah sebuah kereta Proton, motosikal Honda Wave 110 Alpha, televisyen 50” inci, telefon bimbit Honor dan penyedut hampagas Xiaomi Robot .
Bukan itu saja, Kamya Fest akan dihangatkan lagi dengan pertunjukan motosikal, kereta antik Jepun, fesyen bundle dan tidak ketinggalan keunikan taman tema Farm in The City yang dibangunkan khas di tengah-tengah ruang festival itu nanti.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024