Laman Utama

“Kami Tak Boleh Tanggung…” - Doktor Di Gaza Rayu Serangan Dihentikan, Situasi Hospital Semakin Tak Terkawal

Awani
29/10/2023
08:34 MYT
Sponsor Banner
“Kami Tak Boleh Tanggung…” - Doktor Di Gaza Rayu Serangan Dihentikan, Situasi Hospital Semakin Tak Terkawal
Serangan bertubi Israel ke atas Semenanjung Gaza kini memasuki hari ke-21 sekali gus memberi gambaran ngeri mengenai kehidupan di wilayah itu.
Ramai rakyat Palestin terpaksa meninggalkan rumah mereka dan mencari perlindungan di Hospital al-Shifa, di mana mereka perlu bertahan di dalam situasi yang masih huru-hara.
Pakar Obstetrik di Hospital Shifa Gaza Dr Fadia Malhis turut berkongsi situasi kritikal penduduk dan pesakit di hospital yang telah menjadi pusat penginapan pelarian untuk keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan berterusan Israel.
Dr Fadia Malhis, yang terlibat dalam prosedur kecemasan, dengan penuh semangat menggesa agar konflik yang sedang berlaku dihentikan segera.
"Saya merayu kepada anda, tolong hentikan pertumpahan darah ini sekarang. Kami tidak boleh menanggungnya lagi, cukuplah,” katanya.
Dalam rayuannya yang menyayat hati, Dr Malhis, memaklumkan mengenai situasi kronik di Gaza akibat kekurangan bahan api.
Beliau juga memberi amaran bahawa melainkan bantuan segera tiba, nyawa pesakit dalam keadaan kritikal juga berada dalam bahaya.
"Terdapat 7,000 orang yang cedera parah di Gaza, dan mereka sangat memerlukan rawatan perubatan di luar wilayah itu. Jika lintasan sempadan Rafah masih ditutup, pesakit yang cedera ini berdepan nasib yang suram," katanya.
Dr Malhis juga bercakap tentang situasi buruk bayi baru lahir di wad bersalin, di mana kelahiran pramatang menjadi semakin biasa disebabkan konflik yang berterusan.
Situasi dilihat semakin memburuk apabila bayi yang baru lahir di unit rawatan rapi, bergantung sepenuhnya pada mesin oksigen penyambung nyawa, mendapati diri mereka berada dalam situasi yang tidak menentu dan berisiko tinggi.
Tambahnya, situasi di Gaza memerlukan perhatian dan campur tangan segera bagi mengelakkan tragedi menyayat hati daripada terus berlaku.
AWANI
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024