Viral

“Kami Sudah Puas Bergaduh” – Dua Lelaki Bertumbuk Di Plaza Tol Kini Berkawan

Fiza Kamarudin
25/09/2019
09:21 MYT
Sponsor Banner
“Kami Sudah Puas Bergaduh” – Dua Lelaki Bertumbuk Di Plaza Tol Kini Berkawan
Dua lelaki yang pernah menjadi tular kerana bertumbuk di plaza tol Bukit Kiara baru-baru ini, Mohamad Fazrien Mohd Ziear dan Ng Whye Hong, kini bersahabat baik.
Mohamad Fazrein menerusi posting di laman sosial Facebook (FB)nya pada Isnin lalu mengucapkan rasa syukur kerana ditemukan dengan Ng.
Tambah Mohamad Fazrein lagi, sebagai manusia biasa dia dan Ng tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.
Dan bertindak mengikut emosi serta perasaan marah juga menyebabkan dirinya terlupa tentang kesantunan dan sifat luhur.
Dalam pada itu Mohamad Fazrein turut berkongsi pengalaman berada lebih sembilan jam di dalam tahanan sebaik sahaja hukuman dijatuhkan.
Bermula di situ dia dan Ng mula tersenyum, berbual sesama sendiri dan menyedari keterlanjuran diri masing-masing.
Dia turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah banyak membantu dan memberi sokongan dari segi emosi, bantuan wang ringgit dan semuanya.
“Kenangan 20 september 2019 menjadi memori dan kesedaran pada kami terutamanya aku...Allah temukan aku dengan saudara Ng Whye Hong untuk memberi pengajaran kepada aku,” tulisnya mengakhiri catatan.
Mohamad Fazrien seorang peniaga dan Ng pengurus teknologi maklumat sebelum ini telah telah dihukum penjara selama satu hari dan didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur.
Mereka melakukan kesalahan itu di Plaza Tol Bukit Kiara, pada 4.30 petang, 17 September lepas mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024