Berita

"Kalau Ya Pun Pakailah Coli" - Netizen Persoal Penampilan Seksi Jasmine Suraya

ZULHILMI JALIL
02/12/2019
01:25 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Ya Pun Pakailah Coli" - Netizen Persoal Penampilan Seksi Jasmine Suraya
Pelakon Jasmine Suraya memuat naik beberapa foto dirinya menggayakan sepasang busana dengan memperlihatkan bahagian lurah dadanya di Instagram.
Perkongsian foto itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan netizen yang mempertikaikan tindakan pelakon filem Paskal itu yang didakwa terlalu seksi.
Rata-rata netizen mempersoalkan imej Jasmine itu kelihatan terlalu 'berani' kerana menampakkan dirinya seolah-olah tidak mengenakan pakaian dalam.
"Kalau ya pun pakailah coli. "Coli mana coli. "Tampal salotep ke? "Tak pakai coli ke?," tulis sebahagian netizen di ruangan komen.
Bahkan, ruangan entri tersebut juga dipenuhi dengan komen-komen nakal.
Begitupun, ada juga yang meminta agar Jasmine sebolehnya tampil lebih sopan.
"Saya tahulah awak bukan Islam, tapi elok-eloklah sikit pakai sebab awak orang perempuan," nasihat pengikutnya.
Pada masa sama, ada yang mendakwa, jasmine sengaja berkongsi gambar sedemikian kerana mahu menarik perhatian umum.
BACA: Sering Terima Komen Nakal Di Instagram, Jasmine Suraya Ambil Langkah Tidak Peduli
Dalam pada itu, pelakon drama Alamatnya Cinta itu memberitahu, penampilan tersebut diinspirasikan daripada penyanyi Madonna dan Cher.
"Terima kasih kepada semua yang komen dan DM (Direct Message) mengenai gaya ini. Hampir tiga jam kita orang bersiap untuk dapatkan gaya sebegini.
"Diinspirasikan daripada campuran gaya Madonna dan Cher," tulisnya.
Jasmine atau nama sebenarnya Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 30, merupakan pelakon keturunan Cina yang sering disangka orang Melayu.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024