Hiburan

“Kalau Taknak Bayi, Boleh Mesej Saya. Bagi Sini Bayi Tu” - Hazeman Huzir Kesal Gadis Terlanjur Buang Anak

Azwa Rahman
18/05/2020
07:27 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Taknak Bayi, Boleh Mesej Saya. Bagi Sini Bayi Tu” - Hazeman Huzir Kesal Gadis Terlanjur Buang Anak
Pengacara Hazeman Huzir meluahkan rasa kesalnya apabila masih ada gadis membuang bayi yang baru dilahirkan sehingga menyebabkan kecederaan.
Menerusi laman sosial Twitter, Hazeman atau lebih dikenali sebagai Haze mengulang kicau berita pasangan kekasih yang mencampak bayi mereka dari tingkat empat di sebuah rumah pangsa di Pulau Pinang.
“Sekali lagi nak pesan, kalau taknak baby sila DM (direct messege) saya atau orang-orang yang komen di bawah ni. “Kalau terhamil tapi malu nak cerita, serius awak ingat orang macam saya akan hakimi awak ke? Sumpah tak peduli.
“Sekarang baby tu bagi sini. Daripada kau buat benda bukan-bukan,” tulis Haze menerusi satu kicauan.
Menerusi berita yang dilaporkan Astro Awani itu, gadis tersebut melahirkan bayinya dalam tandas rumah tanpa pengetahuan sesiapa dan bertindak membuang bayinya kerana panik dan bimbang diketahui ahli keluarga.
Mencampak anak yang tidak berdosa itu ke bawah dari tingkat 4, bayi malang itu dilaporkan mengalami kecederaan pada otak dan hati serta retak tempurung kepala.
Haze turut menasihati agar gadis-gadis yang hamil akibat perbuatan terlanjur ini untuk mendapatkan bantuan profesional seperti khidmat kaunseling.
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, kelihatan ramai wargamaya yang tampil menghulurkan bantuan bagi berkongsi luahan serta mahu menjaga bayi tersebut sekiranya ibu mereka terfikir untuk melakukan perkara yang tidak baik.
“DMlah aku kalau ada di antara korang dah terlanjur, ada plan nak gugurkan kandungan ke atau nak jaga kandungan ke atau diganggu oleh bekas kekasih atau dapat ugutan dari kekasih untuk gugurkan anak. Tolong dapatkan bantuan. Boleh DM aku, aku ada team yang boleh bantu korang,” luah seorang wargamaya.
“Kepada adik-adik hamil yang taknak baby, boleh DM saya ye. Saya boleh tolong jagakan baby awak,” kata seorang wargamaya.
“Yeah betul Haze, sila DM saya juga. Kalau nak luah perasaan saja pun boleh. Kalau tak mampu nak jaga baby tolonglah bagi dekat kami. Jangan dilempar macam sampah. Anak tu tak berdosa. Ada cara lain dari buat macam ni. Kami yang menanti lama ni tak sanggup tengok,” tulis seorang wargamaya.
“Sesiapa area Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor yang taknak baby boleh contact saya. Jangan buang please,” ujar seorang wargamaya.
“YESS!! Kalau taknak baby tu, tolong DM i juga. Seriously, keluarga saya akan jaga baby tu sebaik mungkin dan jangan risau ahli keluarga saya pun ada jugak yang tengah cari anak angkat. Tolong aaya rayu, jangan buang baby tu tau,” tegur seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, kicauan Haze tersebut telah mendapat hampir 17,000 ulang kicau dan 12,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024