Laman Utama

“Kalau Tak Anak Mesti Penapis Air” - Pemuda Ini Nekad Kahwin Dengan Rice Cooker, Tapi Tak Sampai 4 Hari…

Hanafis Haris
01/10/2021
12:59 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Tak Anak Mesti Penapis Air” - Pemuda Ini Nekad Kahwin Dengan Rice Cooker, Tapi Tak Sampai 4 Hari…

Seorang pemuda di Indonesia mencuri tumpuan ramai apabila membuat keputusan untuk bernikah dengan sebuah periuk nasi atau ‘rice cooker’.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh individu tersebut menerusi satu posting di Facebooknya.

Berdasarkan posting terbabit, pemuda yang dikenali sebagai Khoirul Anam itu telah memuat naik tiga keping gambar akad nikah dengan ‘rice cooker’ itu.

“Putih, pendiam, pintar memasak. Idaman sekali,” katanya.

Posting tersebut kemudian membuat ramai netizen khususnya di Indonesia tertanya-tanya mengenai kesahihan gambar-gambar berkenaan.

Tambah mengelirukan, selepas empat hari ‘bernikah’, pemuda itu membuat keputusan untuk bercerai dengan pasangannya.

“Keputusan saya sudah bulat. Tapi ini jalan yang aku ambil, tak ada pasangan yang sempurna. #hiburan,” katanya.

Biarpun berbaur kecewa, namun kapsyen pemuda itu sekali gus merungkai bahawa posting yang dimuat naik itu hanyalah sekadar gurauan.

Rata-rata netizen kini menyifatkan gambar tersebut sebagai satu daripada jenaka untuk mengurangkan tekanan ketika pandemik.

Malah, ada juga yang bergurau mengatakan jika pemuda itu kekal berkahwin, anak pemuda tersebut berkemungkinan sebuah penapis air.

Anda boleh lihat posting pemuda berkenaan di bawah:

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024