Laman Utama

“Kalau Rasa Nak Menangis, Menangislah…” - Shiha Zikir Akui Banyak Berubah Selepas Alami Serangan Panik

Izwan Isa
10/02/2022
00:50 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Rasa Nak Menangis, Menangislah…” - Shiha Zikir Akui Banyak Berubah Selepas Alami Serangan Panik
Masih ingatkah pada laporan Gempak beberapa bulan lalu mengenai penyanyi, pelakon dan penyampai radio Shiha Zikir yang mengaku diperlekehkan sesama rakan artis disebabkan rezeki yang diperolehi?
Nampaknya, apa yang terjadi kepada dirinya suatu ketika dahulu sedikit sebanyak memberi perubahan kepada wanita yang berusia 34 tahun ini.
Menurut Shiha, sejak mengalami serangan panik dua tahun lalu akibat tekanan kerja dan kembali mengalami serangan yang sama baru-baru ini, dirinya dilihat banyak berubah.
BACA: "Kau Balik Rumah Cermin Muka!" - Tergamak Rakan Artis Call Semata-Mata Nak Hina Shiha Zikir
“Sekitar dua tahun lalu, saya mengalami panic attack kerana terlalu stress dengan kerja. Kemudian saya menerima serangan yang sama baru-baru ini sehingga menyebabkan saya tidak boleh bernafas.
“Saya sedar yang saya dah tak macam dulu dan rasai perubahan pada diri, ditambah pula apabila menerima call daripada kawan yang mengutuk saya.
“Memang saya nampak okay je depan kawan-kawan tetapi lain yang saya alami ketika berseorangan di rumah.
“Ramai tak tahu tapi keluarga dan individu rapat saja yang tahu apa yang saya hadap. Sebab itu saya keluar rumah bila ada masa lapang sahaja. Tetapi jujurnya sekarang saya malas. Fobia tengok orang,” katanya kepada Gempak.
BACA: Dilabel Sebagai ‘Artis Tapau Semua Job’, Shiha Tak Fikir Pendapat Orang - “I Don’t Care”
Sungguhpun mengalami serangan panik sehingga menyebabkan perubahan pada diri, Shiha menganggap ia sebagai satu hal yang mendewasakannya.
Menurut Shiha dia tidak pernah mendoakan perkara tidak baik untuk orang lain atau mahu lihat mereka jatuh, tetapi berharap agar mereka diberi kesedaran.
"Saya juga nak berkongsi dengan yang kalau rasa nak menangis, menangislah. Kalau simpan masalah sebab nak tunjuk diri takda apa-apa nanti akan makan diri sendiri.
"Masih ada sahaja lagi orang yang nak jatuhkan saya, tetapi malas dah nak fikir. Saya juga belajar untuk tolak tepi expectation, sebab saya janji untuk buat yang terbaik dan selebihnya tolak ke tepi,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Shiha baru sahaja selesai mengadakan showcase bersama rakan artis menerusi Konsert Todak & Friends, Revolusi Concert 2022 di The Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPac) baru-baru ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024