Laman Utama

“Kalau Dia Buat Silap Sekalipun…” - Wawa Zainal Kongsi Tips, Bermaafan Antara Kunci Kebahagiaan

Mya Amri
28/02/2021
03:50 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Dia Buat Silap Sekalipun…” - Wawa Zainal Kongsi Tips, Bermaafan Antara Kunci Kebahagiaan
Pelakon Wawa Zainal berkongsi tips rumah tangga yang diamalkan bersama suaminya, Aeril Zafrel.
Menurut Wawa, antara perkara yang diamalkan sehingga kini adalah amalan memohon maaf sesama pasangan.
“Macam Ariel pun kalau dia ada buat silap sekali pun Wawa niat dalam hati walaupun dia tak minta maaf saya dah maafkan dia.
"Jadi Wawa niat dalam hati aku dah maafkan, aku tak nak rasa dendam sebab aku tak nak rezeki tersekat,” ujarnya.
Wawa berkongsi perkara itu menerusi posting terbaharu berbentuk video pendek di akaun Instagramnya.
Tambah Wawa lagi, dia dan Aeril juga sering berbincang sekiranya mempunyai masalah untuk menggelakkan perkara itu berpanjangan.
“Kitorang selalu macam berbincang, sayang ni nak gaduh-gaduh ke nanti rezeki kita tak murah. Kotrang selalu macam tu tau.
“Kalau macam kita orang ada gaduh fasal perniagaan pun kita tak boleh macam ni nanti rezeki tu tak dipermudahkan,” kongsinya.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Aya Soffya yang dilahirkan pada 1 Disember 2019.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024