Terkini
"Kakak Pesan Jangan Buat Video Tak Senonoh" - Adik-Adik Noreen Iman Lebih Sensitif Buat Konten, Jaga Air Muka Keluarga
Pempengaruh dua beradik yang popular di aplikasi TikTok, Muhammad Izzlan Iskandar dan Imranul Effendy mengakui mereka kini lebih sensitif jika ingin membuat kandungan bersama kakaknya yang juga pempengaruh terkenal Noreen Iman.
BERITA BERKAITAN:“Dah Minta Maaf & Berpelukan…” - Kes Buli Anak Norreen Iman Di Sekolah Selesai Dengan Baik
BERITA BERKAITAN:Pernah Empat Kali Diserang Strok, Sheqal Sebak Terima Bantuan - "Saya Sedih, Dulu Kita Tolong orang, Sekarang Orang Bantu Kita Pula"
Izzlan memberitahu, walaupun awalnya mereka berasa sedikit kekok, namun dia dan Imranul semakin memahami situasi baharu itu, terutama selepas kakaknya berhijab.
"Ya sejak kakak bertudung kami berdua memang perlu berhati-hati sikit kalau nak buat video dengan dia (Noreen). Memang tak sama macam dahulu.
"Sekarang kena hati-hati dan peka sikit supaya tak mendatangkan tohmahan kepada kakak terutamanya.
"Macam kakak sendiri pun memang dia ada pesan dengan kami dia tak nak buat video yang berlebihan macam dahulu. So kami faham dan tiada masalah untuk perkara itu," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Izzlan tidak menafikan mereka berdua menumpang populariti Noreen dengan kandungan video bersama kakaknya.
"Sejak buat video dengan kakak (Noreen) memang ramai yang kenal kami. Dari segi followers pun memang meningkat naik beganda-ganda.
"Tetapi saya dan Imranul pun bukan senang-senang nak tumpang populariti kakak semata-mata. Kami pun ada usaha kami yang buatkan orang akan kenal kami dengan video-video sendiri," ringkasnya.
Noreen juga katanya banyak memberi idea dan nasihat setiap kali mereka berdua ingin menghasilkan video-video baharu.
"Tapi yang ramai tak tahu, kakak selalu pesan jangan buat video yang tak senonoh. Memang dia akan marah. Macam mana dia jerit dalam video, macam itulah dia jeritkan kami berdua.
"Kakak pun selalu pesan jangan sesekali buat video mengaibkan sesiapa," katanya.
Februari lalu Noreen Iman dilihat memadam kebanyakan hantaran di Instagram sejak berhijab.
Selebriti itu juga pernah memaklumkan daripada 2,000 hantaran sebelum ini, dia hanya meninggalkan 300 hantaran.
Must-Watch Video