Laman Utama

Kak Ani Tiada Kena Mengena Dengan Skim Rumahku Syurgaku, Akui Jadi Mangsa Keadaan

Amri Hassan
28/09/2022
14:20 MYT
Sponsor Banner
Kak Ani Tiada Kena Mengena Dengan Skim Rumahku Syurgaku, Akui Jadi Mangsa Keadaan
Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris menafikan ada kena mengena dengan projek Skim Rumahku Syurgaku.
Kata Noraniza atau lebih popular disapa Kak Ani, dia tidak dilantik secara rasmi sebagai duta projek berkenaan kerana tiada sebarang perjanjian antara pihaknya dan syarikat pemaju itu.
“Kami bertemu sekitar Ramadan lalu dalam sebuah majlis buka puasa. Saya diperkenalkan oleh rakan kongsi dengan individu daripada syarikat itu yang berminat untuk mempelawa saya menjadi duta program kebajikan.
“Saya terbuka hati untuk menerima pelawaan itu secara lisan memandangkan saya aktif dalam kerja-kerja kebajikan.
“Hasrat saya cuma nak bantu rakan-rakan artis veteran yang tiada rumah dan dalam kesusahan,” katanya.
Noraniza ditemui pada sidang media khas di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Rabu.
Selain itu, Noraniza menyifatkan dirinya sebagai mangsa keadaan lantaran kerana perkenalan itu dibuat oleh rakan kongsinya.
“Selepas isu ini tular, saya yang berusaha mendapatkan penjelasan sebenar daripada pihak pemaju itu bagaimanapun ‘digugurkan’ daripada ‘perjanjian’ tersebut,” katanya.
Tambah penyanyi ini lagi, dia turut mengingatkan selebriti yang berminat dengan projek tersebut supaya mendapatkan maklumat terperinci skim itu supaya tidak ada perkara berbangkit di kemudian hari.
“Saya juga berpesan kepada mereka supaya tidak membayar melebihi RM10 kerana wang tersebut akan disalurkan ke akaun peribadi pihak terbabit.
“Lagipun saya tidak mengetuai projek itu sebaliknya hanyalah pemudah cara kepada rakan-rakan artis,” ujarnya.
Terdahulu, pemaju hartanah yang memperkenalkan skim Rumahku Syurgaku telah menawarkan rumah berharga RM500,000 kepada penggiat seni atas nama tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Noraniza kemudiannya ditampilkan sebagai duta Pelancongan Seni dan Budaya serta Pemegang Amanah menerusi skim yang disebut khidmat sosial amal jariah membantu ummah itu.
Mengikut perjanjian, penggiat seni hanya perlu membayar RM10 untuk urusan penyerahan unit kediaman dengan harga terbabit.
Namun, dakwa pihak pemaju, jika ada selebriti ingin mendapatkan rumah berharga RM1 juta, mereka hanya perlu membayar RM10,000.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024