Hiburan

Kahwin 10 Bulan Cerai, Pinkan Mambo & Suami Rujuk Lepas 30 Hari Berpisah

Maliah Surip
18/11/2024
06:50 MYT
Sponsor Banner
Kahwin 10 Bulan Cerai, Pinkan Mambo & Suami Rujuk Lepas 30 Hari Berpisah
Penyanyi sensasi Indonesia, Pinkan Mambo kembali menjadi isteri selepas memegang status janda hanya selama sebulan.

BERITA TRENDING: Pinkan Mambo Cerai Kali Ketiga, Hobi Tak Sama Punca Berpisah Dengan Penjual Ubi Kayu

Terdahulu Pinkan mengaku telah berpisah dengan suaminya, Arya Khan hanya selepas 10 bulan menjadi suami isteri. Mereka bercerai pada Oktober lalu selepas berkahwin pada 24 Disember 2023.

BERITA TRENDING: Pinkan Mambo Tak Tahu Malu, Dedah ‘Digauli’ Suami 10 Kali Sehari: “Mesti Diservis…”

Kini selepas rujuk semula, pasangan itu berjanji untuk memperbaiki hubungan suami isteri yang dibina.
Mereka mahu menjadi lebih baik terutama dalam menguruskan emosi dan menurunkan ego masing-masing.
“Saya dan Aryan sepakat untuk bersama dan jangan main-main. Perbaiki ego, saling percaya, jangan curiga dan tidak cemburu berlebihan.
“Kita buka buku baharu yang lama ditutup,” kata Pinkan seperti dilaporkan InsertLive.

BERITA TRENDING: Kenal Di TikTok, Penyanyi Pinkan Mambo Kahwin Dengan Penjual Ubi Kayu

Pelantun Kekasih Yang Tak Dianggap itu malah menafikan perkahwinan dan perceraian mereka sebagai satu marketing atau pemasaran.
"Kita cerai, cerai betul, nikah, nikah betul juga. Kita real, bukan marketing," katanya.
Terdahulu perkahwinan Pinkan dan Arya sempat menjadi buah mulut selepas menikah secara langsung di media sosial. Arya diketahui merupakan seorang petani yang popular sebagai seorang Tiktoker.

BERITA TRENDING: Anak Pinkan Mambo Dakwa Terima Gangguan Seksual Dari Ayah Tiri Sejak Usia 12 Tahun

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar