Laman Utama

"Kadang-Kadang Terdengar Jiran Gaduh, Bunyi Kenderaan..." - Misha Omar Okay Ke Tu?

Asraf Aided
30/08/2021
14:40 MYT
Sponsor Banner
"Kadang-Kadang Terdengar Jiran Gaduh, Bunyi Kenderaan..." - Misha Omar Okay Ke Tu?
Kebanyakan anak seni menjalankan kerja dan tugasan dari rumah sebagaimana bidang-bidang lain berikutan pandemik COVID-19.
Turut melakukan perkara sama, penyanyi popular Misha Omar berkongsi pengalaman dan cabaran membuat rakaman lagu di rumah.
Menurut penyanyi lagu Sampai Bila itu, antara perkara baru yang perlu dipelajarinya adalah berkenaan perihal suntingan.
"Ketika pandemik ini, memang mencabar kerana sebelum ini kita hanya bawa suara untuk rakaman, tapi sekarang kena lakukan semuanya sendiri di rumah.
"Sejujurnya, saya tak pandai hal-hal suntingan seperti potong rakaman, saya kena belajar.
"Kalau menyanyi satu lagu, biasanya memang kena dari mula sampai habis dengan sekali buat," katanya.
Misha berkata demikian dalam sesi Chillax, Program Amal COVAiD #BaikSemula secara virtual baru-baru ini.
Tambah Misha, persekitaran apartment yang didiaminya turut menjadi faktor untuk merakam keseluruhan lagu secara berulang.
"Saya tinggal di apartment, berdekatan pula dengan jalan raya. Kadang-kadang bila dah siap rakam, ada pula terdengar bunyi jiran bawah rumah bergaduh, bunyi-bunyi kenderaan di luar, kenalah rakam lagi sekali," katanya lagi.
Selain Misha, sesi virtual tersebut turut disertai rakan artis lain seperti Naim Daniel, Dolla, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini dan ramai lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024