Berita

Jual Produk Tak Berdaftar, Ada 17 Pertuduhan, Muhammad Sajjad Didenda RM14, 500

Maliah Surip
14/10/2020
15:30 MYT
Sponsor Banner
Jual Produk Tak Berdaftar, Ada 17 Pertuduhan, Muhammad Sajjad Didenda RM14, 500
Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat didenda RM14,500 atas 17 pertuduhan oleh Mahkamah Majistret di sini kerama memiliki dan menjual produk tidak berdaftar dan bernotifikasi di bawah syarikatnya, Nur Sajat Aesthetic Sdn. Bhd.
Menerusi laporan Utusan Melayu, Majistret Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli menjatuhkan hukuman itu selepas syarikat tersebut sebagai orang kena saman (OKS) diwakili Pengarah Bersamanya, Nur Sajat, 35, dan Ashaari Maznan, 44, menukar pe­ngakuan kepada bersalah.
Mengikut pertuduhan, OKS didakwa dengan 11 pertuduhan memiliki produk kosmetik tidak berdaftar dan lima kesalahan memiliki kosmetik tidak bernotifikasi yang dilakukan pejabat syarikat tersebut di Jalan Serai Wangi, Seksyen 16 di sini pada 15 Ogos 2018, pukul 11.40 pagi.
Selain itu, OKS juga didakwa dengan satu lagi pertuduhan iaitu menjual produk tidak berdaftar kepada seorang wanita pada pukul 11.35 pagi, di lokasi dan tarikh sama.
Mengikut pertuduhan, OKS melanggar peraturan 7 (1) (a) dan 18A (1) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan melakukan kesalahan di bawah Peraturan 30 (1) dan 18A (15) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (2) Akta Jualan Dadah 1952.
Jika disabit kesalahan, OKS boleh didenda tidak le­bih RM50,000 bagi setiap pertuduhan.
Sementara itu, Sajat menerusi akaun Instagramnya semalam memanjatkan kesyukuran kerana kesnya telah selesai.
Dia malah berterima kasih kepada hakim dan peguamnya yang banyak membantu.
"Alhamdulillah... semua dah selesai..terima kasih buat hakim lagi bijaksana. Terima kasih buat lawyer saya.
" Apa yang terjadi saya menjadi pengajaran sebagai seorang perniagaan..buang yang keruh ,ambil yang jernih..amin," tulisnya penuh positif.
SUMBER: UTUSAN MELAYU
Instagram: @nursajat23
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024