Laman Utama

Jessica Simpson Dedah Undur Diri Dari Jadi Penyondol Seorang Aktor Popular

Maliah Surip
03/02/2023
14:50 MYT
Sponsor Banner
Jessica Simpson Dedah Undur Diri Dari Jadi Penyondol Seorang Aktor Popular
Semua orang ada menyimpan rahsia. Begitu juga dengan salah seorang selebriti terkenal Hollywood, Jessica Simpson yang mengaku pernah menjadi kekasih gelap seorang bintang tersohor.
Pendedahan tersebut dibuat dalam slot original Amazon dengan judul: “Movie Star: They Always Say They’re Single.
Simpson mendakwa pernah menjalin hubungan secara rahsia dengan seorang aktor yang kebetulan menjadi pujaannya sejak kecil. Ia terjalin sewaktu dia berusia lingkungan 20-an.
Hubungan mereka berlangsung sekitar tahun 2006 walaupun dia telah memiliki nombor aktor tersebut sewaktu bertemu di anugerah MTV VMA pada 2001.
“Saya sangat menyukainya sejak sebelum bergelar anak seni. Kebetulan dapat bertemu dengannya pada tahun 2001 dan saya memiliki nombor telefon, namun tidak pernah menghubunginya.
“Saya ingat lagi waktu itu pandangan matanya cukup tajam. Dia seperti sedang ‘membogelkan’ saya,” katanya seperti dilaporkan CNN.
Hubungannya dengan aktor yang jauh lebih tua tetapi tidak didedahkan identiti mula terjalin selepas dia dan suami, NIck Lachey berpisah.
“Kemudian selepas cerai pada 2006, ada seseorang menjadi orang tengah memperkenalkan kami. Katanya aktor ini sangat berminat dengan saya.
“Jadi kami bertemu di Hotel Beverly Hills sewaktu dia terlibat dengan sebuah anugerah besar.
“Kami bercium buat pertama kali dan dia mengirim pesanan kepada saya sepanjang majlis! Ia membuat saya berasa sangat bangga kerana dia sedang berada di sebuah majlis dengan banyak wanita cantik dan hebat, tetapi memilih saya,” katanya lagi.
Hubungan mereka terjalin selepas itu secara rahsia. Namun dia akhirnya memutuskan hubungan tersebut selepas aktor tersebut tidak mahu mendedahkan hubungan mereka kepada umum kerana mempunyai kekasih.
“Saya ingat membaca artikel dia hadir ke sebuah majlis dan bergambar dengan seorang aktres yang merupakan kekasihnya.
“Namun selepas kami bertengkar kerana saya tidak mahu menjadi orang ketiga, dia katakan hubungan mereka sudah berakhir tetapi enggan diketahui umum.
“Saya memikirkan banyak kali kerana setelah itu dia masih menyembunyikan hubungan saya dengannya. Jadi saya akhirinya hubungan kami,” akui Simpson.
Dalam pendedahan sama, dia mengaku tetap akan mengingati momen bersama aktor tersebut sebagai kenangan manis, apa lagi mereka tidak pernah melakukan seks bersama.
Simpson kini telah berkahwin dengan Eric Johnson dan dikurniai tiga orang anak iaitu Maxwell (10 tahun), Ace (9 tahun) dan Birdie (3 tahun).
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024