Berita

Janin Gugur Usia Dua Bulan Diberi Nama 'Muhammad Abdullah', Ini Penjelasan Yatt Hamzah...

ZULHILMI JALIL
18/09/2020
03:47 MYT
Sponsor Banner
Janin Gugur Usia Dua Bulan Diberi Nama 'Muhammad Abdullah', Ini Penjelasan Yatt Hamzah...
Biarpun usia kandungannya yang mengalami keguguran baru berusia dua bulan, Pelakon Yatt Hamzah membuat keputusan untuk tetap memberikan nama buat anaknya yang tidak sempat lahir ke dunia itu.
Menurut Yatt, dia meletakkan nama Muhammad Abdullah buat bayi yang sepatutnya lahir sebagai anak kelimanya itu.
"Throwbacak 12 September 2020. Masa ni baby Muhammad Abdullah masih ada dalam perut Bonda.
"Tapi Bonda tak tahu. Maafkan Bonda baby. Al-Fatihah buat Allahyarham Muhammad Abdullah," tulisnya menerusi satu entri di Instagram.
Begitupun, tindakannya yang memberikan nama kepada janin yang gugur ketika baru berusia dua bulan itu kemudian menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya.
Ramai yang mempersoalkan keperluan memberikan nama kepada janin yang belum cukup sifat.
Bagaimanapun, menerusi satu entri berasingan Yatt kemudian menjelaskan kepada umum tindakannya memberikan nama biarpun tidak pernah mengetahui jantina anak yang dikandungnya lagi.
"Jika anak itu tiga bulan ke atas dan bernyawa, hukumnya sunat diberi nama. Jika tidak, maka tidak sunat diberi nama.
"Tapi tak salah untuk beri nama. Dia tetap anugerah Allah untuk ibunya. Peluang hamil itu mulia. Reda dengan takdir-Nya sudah tentu ada pahala buat ibu yg reda.
"Namakan juga dia sebagai nama lelaki seperti Abdullah. Dia hamba Allah walaupun belum ada roh," katanya.
Ramai pula tanya Bonda, kena ke bg nama pd anak yang gugur tak cukup tiga bulan? Wajib ke? . Jika anak itu 3 bln ke atas dan bernyawa, hukumnya SUNAT diberi nama. Jika tdk, maka tdk SUNAT diberi nama. Tp tak salah utk beri nama. Dia ttp anugerah Allah utk ibunya. Peluang hamil itu mulia. Redha dgn taqdirNYA sudah tentu ada pahala buat ibu yg REDHA. Namakan juga dia sbg nama lelaki spt ABDULLAH. Dia hamba Allah wpun blm ada roh. Waallahu'alam. Dlm isu tasmiah al-siqt (penamaan janin yg gugur), para ulama berbeza pandangan mengenai hukumnya. Mazhab Hanafi, Syafie, Hambali & Ibn Habib drpd mazhab Maliki, berpendapat hendaklah dinamakan setiap anak yg lahir dlm keadaan istihlal (wujud tanda hidup spt keluar suara, menangis, menggigil & bergerak2). Hanafiyyah meWAJIBkan penamaan ini manakala mazhab2 ln hanya mengatakan SUNAT shj. Ini berdasarkan satu riwayat bhw dikatakan Nabi SAW bersabda: سَمُّوا أَسْقَاطَكُمْ فَإِنَّهُمْ أَسْلاَفُكُمْ Maksudnya: “Hendaklah kalian menamakan anak-anak kalian yang gugur kerana mereka itu telah mendahului kamu.” Riwayat Ibn al-Samak . Hikmah penamaan itu juga krn anak2 yg gugur itu akn dipanggil di Hari Akhirat dgn nama2 mrk. Berkata ulama mazhab Hanafi: Ini merupakan penghormatan sbg seorang anak Adam. Selain itu, jika ada pertikaian harta pusaka, ada keperluan utk ayah/keluarganya menyebut namanya dlm pendakwaan mahkamah. Jika tak diketahui sama ada lelaki/perempuan, maka diberikan nama2 yg sesuai bg kedua2 jantina spt Salamah, Qatadah, Suʿad dan Hind. . Drpd sisi pandang ulama mazhab Syafie, kami nukilkan perkataan Imam Ibn Hajar al-Haithami dlm Tuhfahal-Muhtaj (3/372-373) pd mensyarahkan matan Minhaj al-Talibin susunan Imam al-Nawawi – Rahimahumullah: “(Dan berikan nama kpd anak itu) krn hal ini berdasarkan hadis yg sahih. Sekiranya anak itu mati sblmnya (yakni 7 hari slps kelahiran), bahkan disunatkan utk namakan anak yg gugur, yg sudah ditiupkan ruh ke dlmnya.” Hukum sunat ini juga dikuatkan dengan ayat al-Quran: ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِندَ اللَّهِ Maksudnya: Panggilah anak-anak itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. (Al-Ahzab 5:33) . #yattmengayat
A post shared by BONDA of 5, 4 here 1 in HEAVEN (@yatthamzah_suci) on
Sebelum ini, Yatt memaklumkan dirinya mengalami keguguran selepas menyangkakan dirinya mengalami keracunan makanan akibat cirit-birit dan muntah ketika bercuti di Melaka.
BACA: Yatt Hamzah Alami Keguguran Selepas...
Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.
Pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata Suci Humaira Iqlima, Suci Hayfa Medina dan Suci Hawa Zulaikha.
Sementara itu, menerusi perkahwinan pertamanya, Yatt mempunyai seorang lagi anak iaitu Suci Hanania Malika.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024