Laman Utama

"Janganlah Meng*njing Saya...Tahulah Saya Banyak Buat Kesalahan" - Aisar Khaled Terkilan Ditawarkan Bayaran RM10?

Asraf Aided
19/01/2022
02:40 MYT
Sponsor Banner
"Janganlah Meng*njing Saya...Tahulah Saya Banyak Buat Kesalahan" - Aisar Khaled Terkilan Ditawarkan Bayaran RM10?
Pelakon dan personaliti media sosial, Aisar Khaled mendedahkan perbualan dengan peniaga Instagram yang mempelawa bayaran hanya sebanyak RM10 kepadanya untuk tujuan review.
Menurut Aisar, pihak yang terlibat sepatutnya menggunakan cara yang betul jika mahu berurusan, bukannya memerli.
Katanya juga, dia sedar banyak melakukan kesalahan sebelum ini, namun dirinya juga seorang manusia biasa.
"Kepada IG Shop, janganlah meng*njing saya kalau nak buat review ada caranya bukan nak perli orang.
"Tahulah saya banyak buat kesalahan sebelum ini, saya pun manusia biasa," luahnya.
Dalam pada itu, Aisar meminta peniaga Instagram yang dimaksudkan untuk belajar menghormati orang lain.
"Belajar menghormati orang barulah orang boleh tolong, bukan dengan cara macam ini," tambahnya di Instagram Story.
Baru-baru ini, nama Aisar tular apabila berkongsi video menunjukkan dirinya solat di tempat berbeza termasuk di hadapan stesen minyak, kawasan bengkel dan gimnasium.
BACA LANJUT: "Dah Kenapa Solat Atas Jalan, Dalam Stesen Kan..." - Video Aisar Khaled Solat Cetus Persoalan Netizen
Susulan itu, Aisar tampil memberi penjelasan tentang isu tersebut.
Katanya, mesej yang cuba disampaikan hanyalah tentang orang Islam boleh menunaikan solat di mana-mana sahaja.
"Apa yang mahu saya sampaikan hanyalah, orang Islam boleh menunaikan solat di mana-mana saja.
"Memang betul dalam stesen minyak, dalam gimnasium ada surau, tapi kalau saya buat video solat dalam surau, tak nampaklah situasi tu ada di mana," jelasnya dalam sebuah video yang dimuat naik di YouTube.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024