Berita

Jangan Tersilap! Cara & Tempoh Sapuan Hand Sanitizer Mainkan Peranan Penting

Asraf Aided
04/08/2020
02:15 MYT
Sponsor Banner
Jangan Tersilap! Cara & Tempoh Sapuan Hand Sanitizer Mainkan Peranan Penting
Sejak pandemik COVID-19 melanda, ramai antara kita yang mengamalkan penggunaan cecair pembasmi bakteria dan virus atau hand sanitizer terutamanya ketika berada di luar rumah.
Namun jika diperhatikan, masih ada yang belum menggunakan hand sanitizer dengan cara yang betul, terutamanya jika ia terlalu sedikit dan sapuan tidak menyeluruh.
Antara faktor penting lain, pastikan produk hand sanitizer yang digunakan mengandungi kandungan alkohol 60 peratus keatas kerana jumlah kandungan ini sudah terbukti mampu membunuh virus.
Selain itu, tempoh sapuan sanitizer pada kesuluruhan tangan juga memainkan peranan. Menurut saranan Pusat Kawalan & Pencegahan Berjangkit (CDC), tempoh sapuan terbaik hand sanitizer adalah selama 30 saat.
Tempoh 30 saat itu didapati berkesan untuk menghapuskan virus COVID-19 pada tangan dan kajian dilakukan berdasarkan penggunaan hand sanitizer yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Untuk cara penggunaan berdasarkan saranan CDC, picit atau pamkan sanitizer ke telapak tangan, sapu dan ratakan ke keseluruhan tangan termasuk celah jari dan hujung kuku. Lakukannya dalam tempoh 30 saat dan tunggu sehingga kering.
Walaubagaimanapun, hand sanitizer tidak mampu menyingkirkan kotoran yang jelas kelihatan pada tangan termasuk bahan kimia berbahaya.
Jadi, seboleh-bolehnya, cubalah untuk membasuh tangan menggunakan sabun selama 20 saat kerana itu merupakan cara yang paling efektif untuk menghapuskan virus COVID-19 dan kotoran lain pada tangan.
Selain menjaga kebersihan tangan, sama-sama kita lakukan semua langkah pencegahan COVID-19 seperti penjarakan sosial, memakai pelitup muka di tempat yang sesak dan sebagainya, kita belum menang!
Sumber : FOX News
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024