Laman Utama

“Jangan Marah Kalau Anak Datang Pegang Tangan Atau Peluk” - Fazley Tak Kisah ‘Diganggu’ Ketika WFH

Hanafis Haris
16/07/2021
08:00 MYT
Sponsor Banner
“Jangan Marah Kalau Anak Datang Pegang Tangan Atau Peluk” - Fazley Tak Kisah ‘Diganggu’ Ketika WFH

Penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob akui bekerja daripada rumah bukan satu perkara mudah terutama buat mereka yang mempunyai anak.

Menurut Fazley, biarpun ada ibu bapa yang tertekan apabila anak-anak kerap ganggu, namun dia memilih untuk ‘menyantuni’ mereka.

“Semalam ketika saya menjadi panel untuk live event mengenai Pendidikan Literasi Kewangan anjuran @banknegaramalaysia, anak kedua saya nak dipeluk dan nak bermanja.

“Semua orang #WFH sekarang. Ada ibu bapa yang stress apabila anak-anak kerap ganggu and ‘enter-frame’ waktu live meeting atau live event.

“Tapi saya telah memilih untuk tidak menghampakan anak-anak yang datang pada saya ketika saya sedang live.

“Sama ada saya pegang tangan atau jari mereka di luar screen, atau peluk je mereka seketika,” katanya.

Menurut, dia percaya jika ada yang ternampak, mereka tidak akan mengecam.

“Jangan sesekali marah anak yang datang sekadar untuk pegang tangan atau peluk kita.

“Mereka hanya inginkan perhatian. Asalkan mereka tak buat bising.

“Ini cara saya, lain orang lain cara,” katanya.

Sekadar info, Fazley mendirikan rumah tangga dengan Datin Azrene Ahmad pada tahun 2007 dan dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan seorang anak perempuan, Alayna Selma.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024