Viral

"Jangan Jadi Ketam Ajar Anak Berjalan" - Bront Palarae, Amerul Affendi Sindir Ahli Politik?

Amri Hassan
02/10/2020
06:20 MYT
Sponsor Banner
"Jangan Jadi Ketam Ajar Anak Berjalan" - Bront Palarae, Amerul Affendi Sindir Ahli Politik?
Pelakon Bront Palarae berkongsi sepotong ciapan di Twitter mengulas mengenai situasi semasa yang berlaku dalam negara yang berdepan dengan pandemik COVID-19.
Tulis Bront, ahli politik tidak sepatutnya menjadi individu yang diibaratkan seperti ketam mengajar anaknya berjalan.
"Pak-pak menteri dan ahli-ahli politik sekalian, mohon jangan jadi ketam ajar anak berjalan.
"Kalau anda tak mampu menggalas amanah, jangan bebankan rakyat dengan sifat tidak bertanggungjawab anda," tulisnya.
Ciapan yang ditulis sekitar awal malam Khamis itu telah mendapat ulang kicau sebanyak lebih 42,000 kali dan 31,000 tanda setuju.
Selain Bront, pelakon Amerul Affendi turut meluahkan kekesalannya terhadap situasi semasa negara.
"Kerana pak menteri/yb habis negara dibadai virus lagi..
"Kluster yang satu-satunya bang**g sekali.. yang tak faham bahasa dan tak ikut segala arahan.
"Material material material itulah yang hari-hari dilaungkan.. soal akhlak dan jati diri langsung tak dipeduli," tulis Amerul memberikan reaksi terhadap tweet Bront.
Semalam, negara mencatat pertambahan 260 kes baharu positif COVID-19 sekali gus merupakan jumlah kes baharu kedua tertinggi sejak Februari.
Hal itu mencetuskan kegusaran ramai dan mengaitkan dengan atmosfera politik yang berlaku sejak Piliha Raya Negeri (PRN) di Sabah baru-baru ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024